Malaysia legislation
Section 34L
Seksyen 34L
Keterangan rakan sejenayah dan ejen provokasi
(a)
tiada saksi boleh disifatkan sebagai rakan sejenayah semata-mata oleh sebab saksi sedemikian telah—
(i)
menyetujui terima, menerima, mendapat, memujuk, bersetuju untuk menyetujui terima atau menerima, atau cuba untuk mendapatkan apa-apa jumlah wang daripada seseorang pemegang pajak gadai; atau
(ii)
terlibat dengan apa-apa cara dalam pelakuan kesalahan itu atau tahu mengenai pelakuan kesalahan itu;
(b)
tiada ejen provokasi, sama ada dia seorang Inspektor atau pegawai polis atau tidak, boleh dianggap tidak boleh dipercayai hanya oleh sebab dia telah cuba untuk melakukan atau telah bersubahat dalam pelakuan, atau telah bersubahat atau telah terlibat dalam pakatan jenayah untuk melakukan, kesalahan sedemikian jika maksud utama percubaan untuk melakukan, persubahatan dalam pelakuan, atau
Pemegang Pajak Gadai 41
persubahatan atau penglibatan dalam pakatan jenayah untuk melakukan, kesalahan itu adalah untuk mendapatkan keterangan terhadap orang sedemikian; dan
(c)
apa-apa pernyataan, sama ada secara lisan atau bertulis, yang dibuat kepada seseorang ejen provokasi oleh orang sedemikian hendaklah boleh diterima sebagai keterangan semasa perbicaraannya.
(2)
Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang bertentangan, sesuatu sabitan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini hanya berdasarkan keterangan tidak disokong yang diberikan oleh mana-mana rakan sejenayah atau ejen provokasi tidak boleh menjadi tidak sah dan tiada sabitan sedemikian boleh diketepikan semata-mata kerana mahkamah yang membicarakan kes itu tidak menyebut dalam alasan penghakimannya tentang keperluan untuk mengingatkan dirinya tentang bahaya membuat sabitan berdasarkan keterangan sedemikian.
Perlindungan kepada pemberi maklumat dan maklumat