Malaysia legislation

Section 34M

of AKTA PEMEGANG PAJAK GADAI 1972

Seksyen 34M

(2)

Jika apa-apa permohonan, butiran, penyata, akaun, dokumen atau penyataan bertulis yang diberikan sebagai keterangan atau yang boleh diperiksa dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah mengandungi apa-apa catatan yang di dalamnya seseorang yang telah memberikan maklumat itu dinamakan atau diperihalkan, atau yang mungkin membawa kepada penzahirannya, maka mahkamah yang di hadapannya prosiding itu diadakan hendaklah menyebabkan semua catatan sedemikian disembunyikan daripada penglihatan atau dipadamkan setakat yang perlu untuk melindungi orang itu daripada penzahiran, tetapi tidak lebih daripada itu.

(3)

Jika dalam mana-mana prosiding berhubung dengan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini mahkamah, selepas siasatan penuh

Undang-Undang Malaysia

AKTA 81 42

ke atas kes itu, berpendapat bahawa orang yang telah memberikan maklumat itu telah membuat dengan niat jahat dalam aduannya suatu pernyataan matan yang dia tahu atau percaya adalah palsu atau yang dia tidak percaya adalah benar, atau berpendapat bahawa keadilan tidak dapat ditegakkan dengan sepenuhnya antara pihak kepada prosiding itu tanpa penzahiran orang yang memberi maklumat itu, mahkamah boleh menghendaki pengemukaan aduan yang asal, jika secara bertulis, dan membenarkan siasatan dan menghendaki pendedahan sepenuhnya berkenaan dengan orang itu.

Kebolehterimaan pernyataan oleh orang yang dituduh