Malaysia legislation
Section 34N
Seksyen 34N
(2)
Tiada pernyataan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh diterima atau digunakan sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen itu jika pembuatan pernyataan itu didapati oleh mahkamah telah disebabkan oleh apa-apa dorongan, ugutan atau janji yang berkaitan dengan pertuduhan terhadap orang itu yang datangnya daripada seorang yang berkuasa dan cukup pada pandangan mahkamah untuk memberi orang itu alasan yang pada pendapatnya munasabah bagi menyangka bahawa dengan membuat pernyataan itu dia akan mendapat apa-apa kebaikan atau mengelakkan apa-apa keburukan yang bersifat keduniaan yang berkaitan prosiding terhadapnya.
Pemegang Pajak Gadai 43
(3)
Jika mana-mana orang ditangkap atau dimaklumkan bahawa dia mungkin didakwa bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini, hendaklah disampaikan kepadanya suatu notis secara bertulis, yang hendaklah diterangkan kepadanya, yang bermaksud seperti yang berikut:
“Kamu telah ditangkap/dimaklumkan bahawa kamu mungkin didakwa atas ………………. (kesalahan yang mungkin dipertuduhkan di bawah Akta ini). Adakah kamu ingin menyatakan apa-apa? Jika terdapat apa-apa fakta yang hendak kamu gunakan dalam pembelaan kamu di mahkamah, kamu dinasihati supaya menyatakannya sekarang.
Jika kamu tidak menyatakannya sehingga kamu pergi ke mahkamah, kurang kemungkinan keterangan kamu akan dipercayai dan ini mungkin membawa kesan buruk kepada kes kamu pada amnya.
Jika kamu ingin menyatakan apa-apa fakta sekarang, dan kamu mahu ia ditulis, ini akan dilakukan.”.
(4)
Walau apa pun subseksyen (3), sesuatu pernyataan oleh mana-mana orang tertuduh melakukan apa-apa kesalahan di bawah
Akta ini yang dibuat sebelum ada masa untuk menyampaikan notis bertulis di bawah subseksyen itu tidaklah menjadi tidak boleh diterima sebagai keterangan semata-mata kerana tiada notis bertulis sedemikian telah disampaikan kepadanya jika notis bertulis itu telah disampaikan kepadanya dengan seberapa segera yang semunasabahnya mungkin selepas pernyataan itu dibuat.
(5)
Tiada pernyataan yang dibuat oleh seseorang orang tertuduh sebagai jawapan kepada notis bertulis yang disampaikan kepadanya menurut subseksyen (3) boleh ditafsirkan sebagai pernyataan yang disebabkan oleh apa-apa dorongan, ugutan atau janji sebagaimana yang diperihalkan dalam subseksyen (2), jika pernyataan itu dibuat selainnya dengan sukarela.
(6)
Jika dalam mana-mana prosiding jenayah terhadap seseorang bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, keterangan diberikan bahawa tertuduh, selepas dimaklumkan bahawa dia mungkin didakwa bagi kesalahan itu, gagal menyatakan apa-apa fakta, iaitu fakta yang dalam hal keadaan yang wujud pada masa itu dia semunasabahnya dapat dijangkakan akan menyatakannya apabila dimaklumkan sedemikian, maka mahkamah, dalam menentukan sama ada pihak pendakwa telah membuktikan kes prima facie
Undang-Undang Malaysia
AKTA 81 44
terhadap tertuduh dan dalam menentukan sama ada tertuduh bersalah atas kesalahan yang dipertuduhkan, boleh membuat apa-apa kesimpulan daripada kegagalan itu sebagaimana yang pada pendapatnya patut; dan kegagalan itu, boleh, berasaskan kesimpulan itu, dikira sebagai, atau sebagai dapat merupakan, sokongan bagi apa-apa keterangan yang diberikan terhadap tertuduh berhubung dengannya kegagalan itu merupakan suatu perkara material.
(7)
Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (6) boleh dalam mana-mana prosiding jenayah—
(a)
menjejaskan kebolehterimaan sebagai keterangan perbuatan berdiam diri atau reaksi lain tertuduh semasa apa-apa jua dikatakan dalam kehadirannya yang berhubungan dengan kelakuan berkenaan dengannya dia dipertuduh, setakat yang keterangan sedemikian akan boleh diterima selain oleh sebab subseksyen itu; atau
(b)
dikira sebagai menghalang pembuatan apa-apa kesimpulan daripada apa-apa perbuatan berdiam diri atau reaksi lain tertuduh yang dapat dibuat selain oleh sebab subseksyen itu.
Peruntukan mengenai keterangan