Malaysia legislation
Section 39
Seksyen 39
Mana-mana orang—
(a)
yang merupakan pemegang pajak gadai atau pekerja seseorang pemegang pajak gadai;
Undang-Undang Malaysia
AKTA 81 46
(b)
jika pemegang pajak gadai merupakan suatu syarikat, yang menjadi pengarah, pengurus besar, pengurus atau pegawai lain syarikat itu;
(c)
jika pemegang pajak gadai merupakan suatu pertubuhan, yang menjadi presiden, naib presiden, setiausaha, bendahari atau pegawai lain pertubuhan itu; atau
(d)
jika pemegang pajak gadai merupakan firma atau kumpulan orang yang lain, yang menjadi pekongsi atau anggota, atau pegawai lain firma atau kumpulan orang itu, yang, dengan apa-apa pernyataan, representasi atau janji yang palsu, mengelirukan atau memperdaya atau dengan apa-apa penyembunyian orang apa-apa fakta material, secara tidak jujur mendorong atau cuba untuk mendorong secara fraud mana-mana orang supaya menggadaikan apa-apa barang atau bersetuju dengan terma yang berdasarkannya sesuatu barang itu dipajakgadaikan atau akan dipajakgadaikan, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Kesalahan am