Malaysia legislation
Section 40
Seksyen 40
Mana-mana orang yang—
(a)
bagi maksud pemberian sesuatu lesen kepada dirinya sendiri atau kepada mana-mana orang lain, atau bagi menghalang pengenaan apa-apa syarat berhubung dengan lesen itu, membuat apa-apa pernyataan atau pengakuan yang dia tahu adalah palsu atau tidak betul, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, atau mengelirukan dalam apa-apa perkara material;
(b)
mengemukakan apa-apa butir atau dokumen berhubung dengan sesuatu permohonan bagi pemberian sesuatu lesen yang dia tahu adalah palsu atau tidak betul atau mengelirukan dalam apa-apa perkara material;
(c)
membuat apa-apa catatan dalam daftar, rekod, penyata, akaun atau apa-apa dokumen lain yang dikehendaki supaya disimpan, disenggarakan atau dikemukakan di bawah Akta ini, yang adalah palsu atau tidak betul atau mengelirukan dalam apa-apa perkara material;
Pemegang Pajak Gadai 47
(d)
mengubah, mengganggu, mencacatkan atau merosakkan apa-apa lesen atau dokumen lain yang dikehendaki supaya dipamerkan di premis pemegang pajak gadai, atau meminjamkan atau membenarkan lesen atau dokumen itu digunakan oleh mana-mana orang lain;
(e)
memalsukan, atau ada dalam simpanannya dengan niat untuk memperdaya sesuatu dokumen yang sebegitu menyerupai lesen, rekod, penyata, akaun atau mana-mana dokumen lain yang dikehendaki supaya disimpan, disenggarakan atau dikemukakan di bawah Akta ini;
(f)
mengubah mana-mana catatan yang dibuat dalam sesuatu daftar, lesen, rekod, penyata, akaun atau mana-mana dokumen lain yang dikehendaki supaya disimpan, disenggarakan atau dikemukakan di bawah Akta ini;
(g)
mempamerkan di premis pemegang pajak gadai suatu lesen atau mana-mana dokumen lain yang dikehendaki supaya dipamerkan di premis itu, jika lesen atau dokumen sedemikian telah diubah, diganggu, dicacatkan atau dirosakkan;
(h)
mempamerkan di premis pemegang pajak gadai versi tiruan sesuatu lesen atau dokumen lain yang dikehendaki supaya dipamerkan di premis itu;
(i)
menyediakan, menyenggarakan atau membenarkan penyediaan atau penyenggaraan versi palsu bagi rekod, penyata, akaun atau mana-mana dokumen lain yang dikehendaki supaya dikemukakan di bawah Akta ini; atau
(j)
memalsukan atau membenarkan pemalsuan rekod, penyata, akaun atau mana-mana dokumen lain yang dikehendaki supaya dikemukakan di bawah Akta ini, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
(2)
Dalam mana-mana pendakwaan di bawah seksyen ini, apabila telah dibuktikan bahawa apa-apa permohonan, pernyataan, akuan, butir, penyata, akaun, rekod atau dokumen lain adalah palsu atau tidak betul secara keseluruhannya atau sebahagiannya, atau mengelirukan dalam mana-mana perkara material, hendaklah
Undang-Undang Malaysia
AKTA 81 48
dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya, bahawa permohonan, pernyataan, akuan, butir, penyata, akaun, rekod atau dokumen lain itu adalah palsu atau tidak betul, atau mengelirukan dalam mana-mana perkara material, dengan pengetahuan orang yang membuat, menyediakan, menyenggarakan, menandatangani, menyerahkan atau membekalkannya.
(3)
Walau apa pun perenggan (1)(g) atau (h), seseorang tidak boleh didapati bersalah bagi sesuatu kesalahan jika dia membuktikan bahawa telah bertindak dengan suci hati dan tidak mempunyai alasan yang munasabah bagi menjangkakan bahawa lesen atau mana-mana dokumen lain yang dipamerkan di premisnya telah diubah, diganggu, dicacatkan atau dirosakkan, atau bahawa lesen atau dokumen itu merupakan lesen atau dokumen tiruan.
(4)
Jika seseorang Inspektor atau pegawai polis mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa sesuatu lesen atau mana-mana dokumen lain yang dipamerkan di premis pemegang pajak gadai, atau sesuatu lesen, rekod, akaun, penyata atau mana-mana dokumen lain yang dikemukakan kepadanya menurut Akta ini oleh orang yang menjaga premis itu merupakan lesen, rekod, akaun, penyata atau dokumen yang berhubung dengannya suatu kesalahan di bawah seksyen ini telah dilakukan, dia boleh menyita lesen, rekod, akaun, penyata atau dokumen itu.
Kesalahan oleh awam