Malaysia legislation
Section 41
Seksyen 41
Seseorang yang—
(a)
memajakgadaikan atau cuba memajakgadaikan kepada seorang pemegang pajak gadai apa-apa barang yang dia tidak dapat menerangkan dengan memuaskan hati bagaimana dia memilikinya;
(b)
menebus atau cuba menebus apa-apa sandaran dengan menggunakan surat pajak gadai yang dia tidak dapat menerangkan dengan memuaskan hati bagaimana dia memilikinya;
(c)
membeli atau cuba untuk membeli mana-mana surat pajak gadai; atau
Pemegang Pajak Gadai 49
(d)
dengan sengaja memberikan apa-apa maklumat palsu kepada seseorang pemegang pajak gadai berkenaan dengan apa-apa surat pajak gadai yang dikatakan telah hilang, binasa atau didapati dengan fraud, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan.
Penalti am