Malaysia legislation
Section 43A
Seksyen 43A
Kesalahan oleh syarikat, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain
(a)
pemegang pajak gadai itu merupakan suatu syarikat, mana-mana orang yang pada masa pelakuan kesalahan itu merupakan pengarah, pengurus besar, pengurus, setiausaha
Undang-Undang Malaysia
AKTA 81 50
atau pegawai lain yang serupa itu bagi syarikat itu, atau yang berupa sebagai bertindak atas apa-apa sifat sedemikian;
(b)
pemegang pajak gadai itu merupakan suatu pertubuhan, mana-mana orang yang pada masa pelakuan kesalahan itu merupakan presiden, naib presiden, setiausaha, bendahari atau pegawai lain yang serupa itu bagi pertubuhan itu, atau yang berupa sebagai bertindak atas apa-apa sifat sedemikian;
(c)
pemegang pajak gadai itu merupakan suatu firma atau kumpulan orang yang lain, mana-mana orang yang pada masa pelakuan kesalahan itu merupakan pekongsi atau anggota atau pegawai lain yang serupa itu bagi firma atau kumpulan orang yang lain itu, atau yang berupa sebagai bertindak atas apa-apa sifat sedemikian, hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu, melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiarannya, dan bahawa dia telah mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah dan telah menjalankan usaha yang sewajarnya untuk mencegah pelakuan kesalahan itu.
(2)
Pendakwaan mana-mana orang di bawah subseksyen (1)
bagi sesuatu kesalahan tidak menghalang pendakwaan terhadap syarikat, pertubuhan, firma atau kumpulan orang yang lain itu bagi kesalahan itu.
(3)
Melainkan jika diperuntukkan selainnya dengan nyata, mana-mana perbuatan atau peninggalan oleh seseorang pekerja pemegang pajak gadai hendaklah, bagi maksud apa-apa pendakwaan atau prosiding di bawah Akta ini, disifatkan sebagai perbuatan atau peninggalan pemegang pajak gadai itu, melainkan jika mahkamah berpuas hati bahawa perbuatan atau peninggalan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan pemegang pajak gadai itu, atau bahawa segala langkah dan langkah berjaga-jaga yang munasabah telah diambil untuk mencegah pelakuan perbuatan atau peninggalan sedemikian.
(4)
Jika apa-apa perbuatan atau peninggalan oleh seseorang pekerja pemegang pajak gadai akan menjadi suatu kesalahan di bawah
Akta ini jika dilakukan oleh pemegang pajak gadai itu, pekerja pemegang pajak gadai itu hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu.
Pemegang Pajak Gadai 51
Penyampaian pemberitahuan atau dokumen