Malaysia legislation
Section 43C
Seksyen 43C
(2)
Sesuatu tawaran untuk mengkompaun di bawah subseksyen
(1)
boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan bagi kesalahan itu dimulakan.
(3)
Jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran untuk mengkompaun itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau dalam tempoh lanjutan sebagaimana yang dibenarkan oleh Pendaftar atau Inspektor yang diberi kuasa secara khusus di bawah subseksyen (1), pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas tempoh itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu telah dibuat.
Undang-Undang Malaysia
AKTA 81 52
(4)
Jika sesuatu kesalahan telah dikompaunkan di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh, dalam masa yang dinyatakan dalam subseksyen (3), dimulakan berkenaan dengan kesalahan terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaunkan itu telah dibuat.
(5)
Kesemua wang yang dibayar kepada Pendaftar atau kepada
Inspektor yang diberi kuasa secara khusus di bawah subseksyen
(1)
hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada
Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.