Malaysia legislation
Section 48
Seksyen 48
Peruntukan peralihan dan kecualian
(2)
Segala perintah, arahan, pelantikan dan kaedah-kaedah yang dibuat di bawah peruntukan Ordinan dan Enakmen yang telah dimansuhkan oleh Akta ini dan yang berkuat kuasa sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan itu, setakat yang ia selaras dengan Akta ini, hendaklah disifatkan sebagai telah dibuat di bawah Akta ini dan hendaklah terus berkuat kuasa sehingga peruntukan lain dibuat di bawah Akta ini atau sehingga tarikh ia tamat.
(3)
Jika apa-apa lesen telah diberikan kepada mana-mana pemegang pajak gadai di bawah sesuatu Ordinan atau Enakmen yang telah dimansuhkan oleh Akta ini atau apa-apa kontrak telah dibuat di bawahnya, lesen atau kontrak itu hendaklah berkuat kuasa sehingga tarikh ia tamat walaupun Ordinan atau Enakmen itu telah dimansuhkan oleh Akta ini.
Pemegang Pajak Gadai 55
Penerusan prosiding jenayah dan sivil