Malaysia legislation

Section 13

of AKTA LEMBAGA PASARAN DAN PELESEN GETAH MALAYSIA 1972

Seksyen 13

Semua harta aleh atau takaleh, yang sa-belum sahaja Akta ini mula berkuatkuasa telah terletakhak pada atau di-pegang oleh atau untok Lembaga Pendaftaran Ekspot Getah Tanah Melayu yang di-tubohkan dan di-bentok di-bawah Ordinan Pengawalan Perkapalan dan Pembungkusan Getah, 1949 dan Lembaga yang di-bentok di-bawah Akta Pasaran Getah Persekutuan Tanah Melayu (Perbadanan), 1962, hendak-lah, apabila Akta ini mula berkuatkuasa dan tanpa apa² jua pindahakan, serahakan atau pindahmilekan, terletakhak atau berpindah kapada Lembaga yang di-bentok di-bawah Akta ini dalam keadaan² dan tertaklok kapada sekatan² sa-bagaimana ia-nya telah terletakhak atau di-pegang sa-belum sahaja Akta ini mula berkuatkuasa; dan semua hak dan tanggongan yang sa-belum sahaja Akta ini mula berkuatkuasa ada-lah hak² dan tanggongan² bagi Lembaga² yang pertama tersebut itu hendak-lah, apabila Akta ini mula berkuatkuasa, menjadi hak² dan tanggongan² bagi Lembaga yang di-bentok di-bawah Akta ini.