Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(2)
Lembaga itu hendak-lah terdiri daripada ahli $ ^{2} $ berikut yang di-lantek oleh Menteri—
(a)
sa-orang Pengerusi;
(b)
sa-orang Timbalan Pengerusi yang akan bertindak sa-bagai Pengerusi gilir;
(c)
sa-orang wakil dari Kementerian Perusahaan Utama;
(d)
empat orang wakil dari perusahaan getah, dua orang daripada mereka hendak-lah mewakili sektor estet perusahaan getah dari antara orang $ ^{2} $ yang di-namakan oleh Majlis Pengeluar Getah dan dua orang lagi itu hendak-lah mewakili sektor pekebunkechil dari perusahaan getah;
(e)
empat orang wakil dari perdagangan getah;
(f)
sa-orang wakil dari Bank Negara Malaysia;
(g)
sa-orang wakil dari Perbadanan Kemajuan Getah Malaysia;
(h)
sa-orang wakil dari Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan;
(i)
dua orang wakil dari Malaysia Timor, sa-orang daripada mereka hendak-lah di-namakan oleh Kerajaan Sabah dan sa-orang lagl itu oleh Kerajaan Sarawak:
(3)
Maka hendak-lah di-lantek atau di-namakan, mengikut mana yang berkenaan, mengenai tiap $ ^{2} $ sa-orang ahli Lembaga itu, lain daripada Pengerusi dan Timbalan Pengerusi, sa-orang ahli gilir yang boleh menghadhiri meshuarat $ ^{2} $ Lembaga itu apabila ahli hakiki tidak berupaya buat sementara untok hadhir dan apabila menghadhiri meshuarat $ ^{2} $ itu ahli gilir itu hendak-lah di-sifatkan sa-bagai sa-orang ahli Lembaga itu bagi segala maksud.
(4)
Jika sa-saorang ahli Lembaga itu mati atau meletakkan jawatan, kekosongan yang berlaku itu hendak-lah di-isi dengan melantek atau menamakan sa-orang lain mengikut chara sama saperti yang di-peruntokkan dalam sekshenkechil (2).
(5)
Tiap $ ^{2} $ ahli Lembaga itu hendak-lah memegang jawatan mengikut apa $ ^{2} $ sharat dan sa-lama apa $ ^{2} $ tempoh yang di-nyatakan dalam surat perlantekan-nya dan ada-lah layak di-lantek sa-mula.
(6)
Menteri hendak-lah mengarahkan supaya perlantekan $ tiap^{2} $ ahli dan $ tiap^{2} $ ahli gilir Lembaga itu di-siarkan dalam Warta.
(7)
Pengerusi atau Timbalan Pengerusi apabila bertindak sa-bagai Pengerusi hendak-lah mempunyai hak mengundi atas apa² soal dan jika sa-kira-nya pembahagian undi sama banyak-nya, maka ia hendak-lah juga mempunyai suatu undi pemutus.