Malaysia legislation

Section 4

of AKTA LEMBAGA PASARAN DAN PELESEN GETAH MALAYSIA 1972

Seksyen 4

Lembaga itu hendak-lah bertanggongjawab atas—

(a)

pendaftaran dan pelesenan semua orang yang bertugas dalam urusan membungkus getah untok ekspot atau dalam pengapalan getah untok ekspot dalam erti Ordinan Pengawalan Perkapalan dan Pembungkusan Getah, 1949;

(b)

pengurusan yang sa-patut dan berkesan bagi Perbadanan yang di-tubohkan di-bawah sekshen 3 Akta Pasaran Getah Persekutuan Tanah Melayu (Perbadanan), 1962;

(c)

pengeluaran lesen kapada peniaga $ ^{2} $ getah dalam erti Enakmen $ ^{2} $ Getah-yang berkuatkuasa;

(d)

penyiasatan dan pengawasan aktiviti $ ^{2} $ perniagaan getah termasok pemindahan dan pengangkutan getah dalam erti Enakmen $ ^{2} $ Getah yang berkuatkuasa;

(e)

penyelarasan aktiviti dalam pemasaran getah dengan tujuan hendak memajukan pemasaran yang chekap bagi getah dari Malaysia;

(f)

kerjasama dan perhubongan dengan semua ejensi $ ^{2} $ negara yang lain yang bertanggongjawab bagi mengadakan kredit pertanian memproses dan memasarkan getah.

Section 4 — AKTA LEMBAGA PASARAN DAN PELESEN GETAH MALAYSIA 1972