Malaysia legislation
Section 14
of AKTA PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH 1972
Seksyen 14
Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud yang berikut:
(a)
membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh Pihak Berkuasa, termasuk—
(i)
saraan pegawai dan pekhidmat Pihak Berkuasa, termasuk pemberian pinjaman, elaun persaraan, pencen dan ganjaran;
(ii)
perlindungan insurans bagi pegawai dan pekhidmat Pihak Berkuasa;
(iii)
kos yang ditanggung dalam membuat peruntukan bagi kebajikan pegawai dan pekhidmat Pihak Berkuasa; dan
(iv)
fi dan kos guaman dan apa-apa fi dan kos lain;
(b)
membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh syarikat atau perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta ini untuk menjalankan atau untuk menjaga, mengelolakan dan menguruskan suatu Skim;
(c)
membayar balik ses bagi maksud penanaman semula tumbuhan getah atau tanaman lain yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa;
(d)
memberikan pinjaman atau menyediakan pemberian kepada pekebun kecil bagi maksud memajukan kebun mereka;
(e)
membayar elaun perjalanan dan elaun-elaun lain kepada anggota, pegawai dan pekhidmat Pihak Berkuasa;
(f)
memberikan pinjaman kepada pegawai dan pekhidmat Pihak Berkuasa bagi pembelian atau pembinaan rumah kediaman, pembelian kenderaan, komputer atau barang lain yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa, atas apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa;
(g)
latihan untuk pegawai dan pekhidmat Pihak Berkuasa, dan pekebun kecil atau keluarga pekebun kecil;
(h)
sumbangan kepada kumpulan wang sukan dan rekreasi bagi pegawai dan pekhidmat Pihak Berkuasa;
(i)
memberikan pinjaman atau biasiswa untuk pengajian tinggi bagi pegawai dan pekhidmat yang sedang berkhidmat dan juga bakal pegawai dan pekhidmat Pihak Berkuasa;
(j)
memberikan pinjaman atau biasiswa untuk pengajian anak-anak pegawai dan pekhidmat Pihak Berkuasa dan pekebun kecil;
(k)
menyumbang kepada badan, organisasi atau persatuan yang ditubuhkan bagi faedah pekebun kecil;
(l)
menyumbang kepada badan atau organisasi yang dianggotai oleh Pihak Berkuasa;
(m)
memberikan pinjaman atau pemberian kepada institusi pengajian tinggi di dalam atau di luar Malaysia bagi maksud pembangunan sumber manusia dalam industri getah;
(n)
memberikan pinjaman atau menyediakan modal bagi syarikat atau perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta ini;
(o)
membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah Akta ini dan bunga yang kena dibayar atas wang itu;
(p)
membeli atau menyewa kelengkapan, jentera dan apa-apa bahan lain, memperoleh tanah dan mendirikan bangunan, dan menjalankan apa-apa kerja dan pengusahaan lain dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini;
(q)
tertakluk kepada kelulusan Menteri, memberikan sumbangan kepada mana-mana organisasi, sama ada dalam atau luar Malaysia, bagi maksud menggalakkan penanaman semula tumbuhan getah;
(r)
membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain yang dilakukan atau diterima dengan sewajarnya oleh Pihak Berkuasa dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini; dan
(s)
secara amnya, membayar apa-apa belanja untuk melaksanakan peruntukan Akta ini.
Pemeliharaan Kumpulan Wang