Malaysia legislation
Section 16
of AKTA PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH 1972
Seksyen 16
Ses atas getah
(2)
Kecuali setakat yang diperuntukkan selainnya dalam manamana perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1), ses yang dikenakan melalui perintah itu hendaklah, bagi maksud pungutan dan bagi penguatkuasaan pungutan, disifatkan sebagai suatu duti kastam di bawah Akta Kastam 1967.
(3)
Perintah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menetapkan amaun, kadar dan cara pungutan yang berlainan bagi jenis atau gred getah yang berlainan berhubungan dengan orang yang berlainan atau golongan orang yang berlainan.
(4)
Seseorang yang tidak atau enggan membayar apa-apa ses yang dikenakan di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh kali amaun ses yang kena dibayar atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
(5)
Amaun apa-apa ses yang dikenakan di bawah seksyen ini hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa daripada orang yang ke atasnya ses itu dikenakan dan boleh dibawa guaman baginya dan didapatkan dalam mana-mana Mahkamah atas guaman Pihak Berkuasa.
(6)
Pemulaan prosiding di bawah seksyen ini tidak melepaskan mana-mana orang daripada liabiliti untuk membayar apa-apa ses yang baginya dia bertanggungan atau mungkin bertanggungan atau daripada liabiliti untuk membuat apa-apa penyata yang dikehendaki dibuat oleh Akta ini.
(7)
Tanpa menjejaskan subseksyen (5), mahkamah yang di hadapannya seseorang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah subseksyen (4) boleh memerintahkan supaya orang itu membayar kepada Pihak Berkuasa jumlah amaun ses yang diperakui oleh pegawai kewangan Pihak Berkuasa sebagai kena dibayar oleh orang itu pada tarikh sabitan.
(8)
Ses yang kena dibayar di bawah subseksyen (7) hendaklah, bagi maksud pungutan, disifatkan sebagai suatu denda dan hendaklah didapatkan mengikut seksyen 283 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].
(9)
Menteri boleh mengubah atau membatalkan suatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini.
Perbelanjaan dan penyediaan anggaran