Malaysia legislation

Section 3A

of AKTA PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH 1972

Seksyen 3A

Fungsi Pihak Berkuasa adalah—

(a)

untuk melaksanakan dasar dan program pembangunan untuk memastikan pertumbuhan dan daya maju perusahaan getah dalam sektor pekebun kecil;

(b)

untuk merancang, menyelaraskan, melaksanakan dan mengawasi semua Skim yang disediakan dan diluluskan di bawah peruntukan Bahagian VI;

(c)

untuk merancang, menyelaraskan, melaksanakan dan mengawasi segala pembaharuan penyelidikan dalam sektor pekebun kecil;

(d)

untuk menggalakkan, mengawal dan mengawasi langkah langkah bagi mendapatkan getah yang berkualiti tinggi;

(e)

untuk memberikan perkhidmatan teknikal, nasihat, perundingan dan perkhidmatan yang berkaitan kepada sektor pekebun kecil;

(f)

untuk menyediakan dan membekalkan bahan tanaman berhasil tinggi, input pertanian dan bahan atau input lain yang perlu bagi menjalankan penanaman semula dan penanaman baru dalam sektor pekebun kecil;

(g)

untuk menggalakkan pemasaran dan pengendalian getah yangcekap dalam sektor pekebun kecil perusahaan getah;

(h)

untuk melibatkan diri dalam perdagangan getah dalam sektor pekebun kecil perusahaan getah;

(i)

untuk merancang dan melaksanakan apa-apa aktiviti pembangunan huluan atau hiliran berkenaan dengan industri getah dan aktiviti yang berkaitan dengannya bagi pekebun kecil;

(j)

untuk merancang dan melaksanakan program latihan dan pendidikan bagi faedah pekebun kecil;

(k)

untuk mengumpulkan, menguruskan dan menyebarkan perangkaan atau maklumat yang perlu dan menyenggarakan rekod semua perkara yang berhubungan dengan sektor pekebun kecil;

(l)

untuk berhubung dan membuat penyelarasan dengan Kerajaan Negeri yang berkaitan dan badan-badan lain termasuk menjadi anggota persatuan di dalam dan di luar Malaysia demi kepentingan sektor pekebun kecil perusahaan getah;

(m)

untuk bekerjasama dan berhubung dengan agensi kebangsaan lain yang bertanggungjawab bagi penyelidikan, pengembangan penyelidikan dan pengetahuan, pemberian kredit pertanian, pemprosesan dan pemasaran getah;

(n)

untuk merancang dan melaksanakan apa-apa aktiviti lain yang dapat meningkatkan lagi kesejahteraan sosial dan ekonomi pekebun kecil;

(o)

untuk memastikan bahawa sektor pekebun kecil dimodenkan untuk memperbaiki kesejahteraan sosial dan ekonomi pekebun kecil; dan

(p)

untuk melakukan apa-apa perkara lain yang difikirkannya patut untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya dengan berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.

Kuasa Pihak Berkuasa