Malaysia legislation

Section 3B

of AKTA PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH 1972

Seksyen 3B

(a)

membuat kontrak;

(b)

memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati tiap-tiap jenis harta alih atau harta tak alih;

(c)

memindahkan, menyerahakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadai janji, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik, atau selainnya melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletak hak pada Pihak Berkuasa;

(d)

mengusahakan dan menyelaraskan aktiviti yang berhubungan dengan penanaman semula dan penanaman baru tumbuhan getah, pengeluaran, penorehan, pemprosesan, penyimpanan, pengangkutan dan pemasaran getah dan perkhidmatan yang berhubungan dengannya dalam sektor pekebun kecil perusahaan getah;

(e)

menjalankan penanaman semula dan penanaman baru dalam sektor pekebun kecil dengan bahan tanaman berhasil tinggi yang moden dengan cara yang menyeluruh dan sistematik;

(f)

membayar semula ses bagi maksud penanaman semula tumbuhan getah atau penanaman tanaman lain sebagaimana yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa;

(g)

menyediakan bantuan kewangan atau bantuan lain kepada pekebun kecil dan aktiviti mereka yang berkaitan;

(h)

mengenakan fi atau apa-apa caj lain yang difikirkannya patut bagi penggunaan apa-apa kemudahan, atau perkhidmatan teknikal, nasihat dan perundingan atau apa-apa perkhidmatan lain yang disediakan oleh Pihak Berkuasa;

(i)

memungut dan menerima apa-apa wang berhubung dengan aktiviti perdagangannya;

(j)

membuat apa-apa perundingan dan perjanjian atau perkiraan sebagaimana yang difikirkannya patut bagi menunaikan fungsinya;

(k)

memberi perakuan kecekapan berkenaan dengan program latihan dan program yang diakreditasi;

(l)

mengusahakan dan menyelaraskan apa-apa aktiviti yang disifatkannya perlu bagi maksud melindungi dan memajukan kepentingan sektor pekebun kecil;

(m)

melaksanakan segala aktiviti, khususnya aktiviti yang bersifat komersial yang penjalanannya didapati perlu, berfaedah atau sesuai bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya;

(n)

mengawal selia sektor pekebun kecil perusahaan getah, kecuali penyelidikan ke atas getah, termasuk pelaksanaan dan penguatkuasaan mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; dan

(o)

mengambil bahagian dalam apa-apa aktiviti sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri dari semasa ke semasa yang berhubungan dengan pembaikan dan pembangunan sektor pekebun kecil.

(2)

Pihak Berkuasa boleh, dalam menunaikan mana-mana fungsinya, dalam hal yang bersesuaian menjalankan aktiviti komersial bagi mendapat laba atau untung melalui syarikat yang ditubuhkan dari semasa ke semasa di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] dan syarikat itu hanya boleh ditubuhkan setelah diluluskan oleh Menteri dengan persetujuan Menteri Kewangan.

(3)

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan yang menetapkan apa-apa aktiviti atau kepentingan atau menetapkan terma dan syarat apa-apa aktiviti atau kepentingan mana-mana anggota, pegawai atau pekhidmat Pihak Berkuasa berhubung dengan mana-mana syarikat yang ditubuhkan di bawah subseksyen (2) atau dengan mana-mana syarikat, perusahaan atau pengusahaan lain.

(4)

Apa-apa peninggalan atau keabaian untuk mematuhi, dan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau cuba untuk dilakukan yang berlawanan dengan, peruntukan peraturan-peraturan itu ialah suatu kesalahan di bawah Akta ini dan pesalah itu boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Keanggotaan Pihak Berkuasa