Malaysia legislation

Section 41

of AKTA PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH 1972

Seksyen 41

(2)

Suatu perintah bagi pelucuthakan getah atau hasil jualannya, atau buku, rekod, dokumen atau benda lain hendaklah dibuat jika dibuktikan sehingga mahkamah berpuas hati bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa getah atau hasil jualannya, atau buku, rekod, dokumen atau benda lain itu merupakan hal perkara bagi atau digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, walaupun tiada orang telah disabitkan atas kesalahan itu.

(3)

Jika tidak ada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa getah atau hasil jualannya, atau apa-apa buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita di bawah Akta ini, getah atau hasil jualannya, atau apa-apa buku, rekod, dokumen atau benda lain itu hendaklah diambil dan disifatkan terlucut hak apabila tamat tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyampaian notis ke alamat yang terakhir diketahui orang yang daripadanya getah atau hasil jualannya, atau apa-apa buku, rekod, dokumen atau benda lain itu disita yang menyatakan bahawa tiada pendakwaan berkenaan dengan getah atau hasil jualannya, atau apa-apa buku, rekod, dokumen atau benda lain itu, melainkan jika sebelum tamat tempoh itu suatu tuntutan baginya dibuat mengikut cara yang dinyatakan dalam subseksyen (4), (5), (6) dan (7).

(4)

Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya getah atau hasil jualannya, atau buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disebut dalam subseksyen (3) dan bahawa getah atau hasil jualannya, atau buku, rekod, dokumen atau benda lain itu tidak boleh dilucuthakkan boleh, memberikan sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis, notis bertulis kepada pegawai diberi kuasa yang dalam miliknya getah atau hasil jualannya, atau buku, rekod, dokumen atau benda lain itu dipegang bahawa dia menuntut getah atau hasil jualannya, atau buku, rekod, dokumen atau benda lain itu.

(5)

Apabila notis yang disebut dalam subseksyen (4) diterima, pegawai diberi kuasa hendaklah merujukkan tuntutan itu kepada Majistret Kelas Pertama bagi mendapatkan keputusannya.

(6)

Majistret yang kepadanya sesuatu perkara dirujukkan di bawah subseksyen (5) hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya getah atau hasil jualannya, atau buku, rekod, dokumen atau benda lain itu dan orang yang daripadanya ia disita hadir di hadapan Majistret itu dan apabila mereka hadir atau mereka tidak hadir, setelah dibuktikan bahawa saman itu telah disampaikan dengan sewajarnya, Majistret hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu.

(7)

Jika dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa getah atau hasil jualannya, atau buku, rekod, dokumen atau benda lain itu yang disebut dalam subseksyen (6) merupakan hal perkara bagi atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, maka Majistret hendaklah memerintahkan supaya getah atau hasil jualannya, atau buku, rekod, dokumen atau benda lain itu dilucuthakkan, dan hendaklah, jika tiada bukti sedemikian, memerintahkan pelepasannya.

(8)

Mana-mana getah atau hasil jualannya, atau apa-apa buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dilucuthakkan atau disifatkan terlucut hak hendaklah dihantarserahkan kepada pegawai diberi kuasa dan hendaklah dilupuskan mengikut arahan Majistret.

(9)

Pihak Berkuasa tidak bertanggungan kepada mana-mana orang bagi apa-apa kemerosotan, tidak kira bagaimana sekalipun berlaku, dalam mutu getah yang disita di bawah Akta ini.

Hak harta mengenai getah, dsb., yang dilucuthakkan