Malaysia legislation
Section 4G
of AKTA PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH 1972
Seksyen 4G
(2)
Pihak Berkuasa boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).
(3)
Sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen ini boleh memilih mana-mana anggotanya menjadi pengerusi dan boleh mengawal selia tatacaranya sendiri dan, pada menjalankan kuasanya di bawah subseksyen ini, jawatankuasa itu hendaklah tertakluk kepada dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepada jawatankuasa itu oleh Pihak Berkuasa.
(4)
Mesyuarat sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen ini hendaklah diadakan pada bila-bila masa dan di manamana tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu, tertakluk kepada subseksyen (3).
(5)
Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang yang bukan anggota jawatankuasa itu untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa bagi maksud menasihatinya tentang apaapa perkara yang sedang dibincangkan, tetapi orang itu tidaklah berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.
(6)
Anggota jawatankuasa atau mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (5) untuk menghadiri mana-mana mesyuarat sesuatu jawatankuasa boleh dibayar apa-apa elaun dan belanja lain sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa.
(7)
Anggota sesuatu jawatankuasa hendaklah memegang jawatan selama apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya dan adalah layak untuk dilantik semula.
(8)
Pelantikan mana-mana anggota sesuatu jawatankuasa boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Pihak Berkuasa.
(9)
Anggota sesuatu jawatankuasa boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberikan notis bertulis yang ditujukan kepada Pengerusi Pihak Berkuasa.