Malaysia legislation
Section 57
of AKTA PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH 1972
Seksyen 57
Peraturan-peraturan
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan peraturan boleh dibuat bagi maksud yang berikut:
(a)
untuk menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti bagi maksud menjalankan, atau tatacara yang perlu bagi melaksanakan sepenuhnya, peruntukan Bahagian VI;
(b)
untuk menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti untuk mentadbir Kumpulan Wang;
(c)
untuk menetapkan kesalahan yang boleh dikompaun;
(d)
untuk menetapkan rekod dan dokumen yang dikehendaki disimpan dan penyata yang dikehendaki dikemukakan;
(e)
untuk menetapkan fi dan caj yang kena dibayar di bawah Akta ini dan cara memungut dan membelanjakan fi itu;
(f)
untuk mengadakan peruntukan bagi mengawal selia semua atau mana-mana aktiviti Pihak Berkuasa dan secara amnya pelaksanaan fungsi, penjalanan kuasa dan penunaian kewajipan Pihak Berkuasa di bawah Akta ini;
(g)
untuk mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara lain yang dimaksudkan oleh, atau perlu bagi melaksanakan sepenuhnya, peruntukan Akta ini dan bagi pentadbirannya yang sewajarnya.
(3)
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh menetapkan bahawa apa-apa perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti hukuman denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan itu.