Malaysia legislation

Section 2

of AKTA (PERBADANAN) SUPERIOR OF THE INSTITUTE OF THE CONGREGATION OF THE BROTHERS OF MERCY 1972

Seksyen 2

Pemerbadanan dan kuasa Superior

(2)

Perbadanan itu boleh membuat kontrak dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas namanya dan hendaklah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan, dan meterai tersebut boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baru mengikut sebagaimana yang difikirkan patut oleh Perbadanan itu, dan sehingga suatu meterai diadakan di bawah seksyen ini suatu cap yang mengandungi inskripsi “Superior of the

Institute of the Congregation of the Brothers of Mercy” boleh digunakan sebagai meterai perbadanan.

(3)

Perbadanan itu boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan boleh menjual, memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik dan memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau menjalankan apa-apa urusan mengenai mana-mana harta alih atau harta tak alih yang terletak hak pada Perbadanan tersebut mengikut apa-apa terma sebagaimana yang didapati patut oleh Perbadanan itu.

Penggunaan meterai perbadanan