Malaysia legislation
Section 14
Seksyen 14
(2)
Bagi maksud menjalankan urusan kerja setiap Pertubuhan
Peladang itu, seorang Pengurus Besar dan pegawai dan pekhidmat lain hendaklah ada bagi Pertubuhan Peladang itu yang dilantik mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini atau perlembagaan atau kaedah-kaedah Pertubuhan Peladang itu.
(3)
Tanggungjawab dan kewajipan Pengurus Besar, pegawai dan
Jemaah Pengarah yang disebut terdahulu hendaklah mengikut perlembagaan atau kaedah-kaedah Pertubuhan Peladang itu.
(4)
Pengarah hendaklah memegang jawatan, bersara dan boleh dipecat daripada jawatannya mengikut perlembagaan atau kaedah-kaedah Pertubuhan Peladang itu.
(5)
Jawatan seseorang pengarah hendaklah disifatkan sebagai dikosongkan dalam mana-mana daripada hal yang berikut iaitu:
(a)
jika dia menjadi bankrap;
(b)
jika dia disabitkan atas sesuatu kesalahan jenayah berkenaan dengan penipuan, kecurangan atau keburukan akhlak;
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 109
(c)
jika dia tidak menghadiri mesyuarat Jemaah Pengarah tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran;
(d)
jika dia terhenti menjadi seorang warganegara Malaysia atau seorang anggota Pertubuhan Peladang itu;
(e)
jika dia menjadi gila;
(f)
jika dia mengambil bahagian dalam apa-apa urusan atau bertindak mengikut suatu cara yang pada pendapat
Pendaftar mendatangkan mudarat kepada kepentingan
Pertubuhan Peladang itu; atau
(g)
jika dia menerima gaji daripada atau menjadi pekerja bergaji Pertubuhan Peladang itu.
Wang Pertubuhan Peladang