Malaysia legislation

Section 15B

of *AKTA PERTUBUHAN PELADANG 1973

Seksyen 15B

Tertakluk kepada seksyen 6, sesuatu Pertubuhan Peladang boleh melaburkan atau mendepositkan wangnya—

(a)

ke dalam mana-mana bank yang diluluskan oleh Pendaftar dari semasa ke semasa;

(b)

dalam apa-apa sekuriti Kerajaan Persekutuan atau

Kerajaan mana-mana Negeri;

(c)

dalam sekuriti yang dikeluarkan di dalam Persekutuan dengan kelulusan Perbendaharaan oleh mana-mana pihak berkuasa awam yang ditubuhkan di bawah undang-undang

Persekutuan atau Negeri;

(d)

dengan kelulusan Pendaftar, dalam modal syer atau sekuriti mana-mana badan atau syarikat berdaftar;

(e)

dengan kelulusan Pendaftar, dalam pembelian tanah atau bangunan atau dalam pembinaan bangunan; atau

(f)

dengan apa-apa cara lain yang diluluskan oleh Pendaftar.

Kumpulan Wang Rizab