Jadual Kedua, yang diberi oleh institusi-institusi yang dinyatakan berhubung dengan kelulusankelulusan itu dalam ruang kedua dalam Jadual itu; dan
(b) Bahagian II ialah berkenaan dengan orang-orang yang memegang kelulusan-kelulusan yang dinyatakan dalam ruang ketiga dalam Bahagian II dalam Jadual Kedua, yang diberi oleh institusi-institusi yang dinyatakan berhubung dengan kelulusan-kelulusan itu dalam ruang kedua dalam Jadual itu.
(4) Daftar itu hendaklah disifatkan sebagai dokumen awam dalam erti Akta Keterangan, 1950.
12. (1) Seseorang yang memegang mana-mana daripada kelulusan-kelulusan yang dinyatakan dalam ruang ketiga dalam Bahagian I dalam Jadual Kedua, yang diberi oleh institusi-institusi yang dinyatakan berhubung dengan kelulusan-kelulusan itu dalam ruang kedua dalam Jadual itu adalah berhak didaftarkan dalam Bahagian I dalam Daftar atas permohonan yang dibuat kepada Pendaftar dalam bentuk yang ditetapkan dan seseorang yang memegang mana-mana daripada kelulusan-kelulusan yang dinyatakan dalam ruang ketiga dalam Bahagian II dalam Daftar dalam Jadual itu, yang diberi oleh institusi-institusi yang dinyatakan dalam ruang kedua dalam Jadual itu adalah berhak didaftarkan dalam Bahagian II dalam Daftar atas permohonan yang dibuat kepada Pendaftar dalam bentuk yang ditetapkan.
(2) Seseorang yang memegang mana-mana daripada kelulusan-kelulusan yang dinyatakan dalam ruang ketiga dalam Bahagian I dan juga suatu kelulusan yang dinyatakan dalam ruang ketiga dalam Bahagian II dalam Jadual itu adalah berhak didaftarkan dalam kedua-dua Bahagian Daftar itu dengan membayar apa-apa bayaran tambahan yang ditetapkan.
(3) Menteri boleh dari semasa ke semasa, selepas berunding dengan Majlis, menambah, memotong atau meminda Bahagian I dan Bahagian II dalam Jadual Kedua dengan perintah yang disiarkan dalam Warta.
13. (1) Walau apapun peruntukan yang berlawanan yang terkandung dalam Akta ini, Majlis dengan kelulusan Menteri boleh, atas permohonan bertulis, mengeluarkan kepada seseorang doktor veterinar yang didaftarkan di mana-mana jua di luar Malaysia suatu permit sementara untuk menjalankan amalan sebagai seorang doktor veterinar tertakluk kepada apa-apa syarat dan sekatan sebagaimana yang dinyatakan oleh Majlis dalam permit itu selama tempoh tidak lebih daripada enam bulan.
(2) Pemegang permit sementara untuk menjalankan amalan itu hendaklah, dalam masa permit itu masih berkuatkuasa dan tertakluk kepada sekatan-sekatan dan syarat-syarat yang dinyatakan dalam permit itu, disifatkan sebagai seorang doktor veterinar berdaftar.
(3) Majlis boleh pada bila-bila masa membatalkan sesuatu permit pengamalan sementara yang diberi di bawah seksyen ini dan dengan pembatalan itu maka luputlah permit itu.
(4) Bagi maksud seksyen-kecil (1), seseorang doktor veterinar adalah termasuk seseorang yang memegang kelulusan-kelulusan dalam perubatan veterinar dari institusi-institusi yang lain daripada yang dinyatakan dalam Bahagian I dan Bahagian II dalam Jadual Kedua.
14. (1) Tiada sesuatu ijazah atau kelulusan boleh dicatitkan dalam Daftar, samada pada pendaftaran kali pertama atau sebagai tambahan kepada sesuatu nama berdaftar, melainkan jika Pendaftar berpuashati dengan apa-apa keterangan yang difikirkannya patut bahawa orang yang mengaku mempunyai ijazah atau kelulusan itu adalah berhak kepadanya.
(2) Tiap-tiap orang yang didaftarkan di bawah Akta ini yang memperolehi sesuatu kelulusan veterinar, lain daripada kelulusan yang menurutnya ia telah didaftarkan, boleh memohon kepada Majlis supaya meminda Daftar itu setakat mana ianya berkaitan dengan kelulusan-kelulusan orang itu, dan atas permohonan itu Majlis hendaklah, jika berpuashati bahawa pemohon itu berhak kepada kelulusan yang berkenaan dengannya permohonan itu dibuat dan bahawa kelulusan itu mempunyai taraf yang mencukupi untuk mematutkan ia dicatitkan dalam Daftar, mengarahkan supaya Daftar itu dipinda dengan sewajarnya dengan memasukkan dalamnya butir-butir kelulusan itu.
(3) Majlis adalah berkuasa memutuskan apakah ijazah ijazah dan kelulusan-kelulusan tambahan yang boleh dicatitkan dalam Daftar.
15. Permohonan-permohonan untuk pendaftaran di bawah Akta ini hendaklah dibuat mengikut apa-apa cara dan bentuk dan hendaklah disertai dengan apa-apa dokumen, gambarfoto, butir-butir dan bayaran sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis dan bukti mengenali pengenalan yang memuaskan hati Pendaftar hendaklah juga diberi.
16. (1) Jika seseorang yang memohon pendaftaran telah—
(a) didapati bersalah pada bila-bila masa atas sesuatu kesalahan berkenaan dengan frod, kecurangan atau keburukan akhlak atau atas sesuatu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman penjara (samada hukuman penjara sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama tempoh dua tahun atau lebih; atau
(b) didapati oleh Majlis, selepas menjalankan penyiasatan yang sepatutnya, sebagai telah bersalah atas kelakuan buruk dari apa-apa segi profesyen atau pun sebagai tidak mempunyai nama dan kelakuan yang baik, maka Majlis boleh mengarahkan Pendaftar supaya jangan mencatitkan nama orang itu dalam Daftar.
(2) Pendaftar hendaklah dengan segera memberitahu secara bertulis kepada orang yang berkenaan itu tentang arahan Majlis yang tidak membenarkan nama orang itu dicatitkan dalam Daftar.
(3) Di dalam sesuatu penyiasatan di bawah perenggan (b) seksyen-kecil (1), pemohon adalah berhak hadir di hadapan Majlis dan didengar sendiri atau melalui peguambela dan peguamcaranya.
17. (1) Seseorang doktor veterinar berdaftar yang ingin mengamalkan perubatan veterinar selepas tiga puluh satu haribulan Disember dalam sesuatu tahun, hendaklah tidak lewat daripada satu haribulan Disember dalam tahun itu, membuat suatu permohonan dalam borang yang ditetapkan dan hendaklah membayar bayaran yang ditetapkan untuk mendapat suatu perakuan bagi mengamalkan perubatan veterinar dalam tahun yang berikutnya.
(2) Setelah menerima permohonan dan bayaran itu, Majlis, jika berpuashati bahawa premis di mana dan keadaan dalam mana pemohon mengamalkan atau bercadang hendak mengamalkan perubatan veterinar adalah sesuai untuk pengamalan itu, hendaklah mengarahkan Pendaftar supaya mengeluarkan suatu perakuan (bernama "perakuan pengamalan tahunan") membenarkan pemohon mengamalkan perubatan veterinar di premis itu dalam tahun yang baginya perakuan itu dikeluarkan.
(3) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta ini, perakuan pengamalan tahunan itu hendaklah berkuatkuasa hingga tiga puluh satu haribulan Disember dalam tahun yang baginya perakuan itu dikeluarkan.
(4) Seseorang doktor veterinar yang tidak memohon perakuan pengamalan tahunan mengikut cara dan dalam tempoh yang ditetapkan dalam seksyen-kecil (1), boleh, apabila membuat permohonan dalam borang dan dengan menjelaskan bayaran tambahan yang ditetapkan, diberi suatu perakuan pengamalan tahunan bagi tahun yang berikutnya, jika permohonan itu dibuat dalam bulan Disember dalam sesuatu tahun, atau bagi baki tahun itu, jika permohonan itu dibuat pada atau selepas satu haribulan Januari dalam sesuatu tahun.
(5) Walau apapun peruntukan-peruntukan di atas dalam seksyen ini, jika seseorang doktor veterinar berdaftar memohon perakuan pengamalan tahunan bagi kali pertama selepas memperolehi pendaftaran, permohonan itu hendaklah dibuat dalam borang yang ditetapkan dan boleh dibuat pada bila-bila masa dalam tahun itu, dan pemohon itu hendaklah, apabila menjelaskan bayaran yang ditetapkan, diberi perakuan pengamalan tahunan bagi baki tahun dalam mana permohonan itu dibuat.
(6) Sesuatu perakuan pengamalan tahunan dan sesuatu permohonan untuk perakuan itu hendaklah menyatakan alamat tempat utama amalan dan semua tempat amalan yang lain bagi pemohon, dan apa-apa jua pertukaran tentang alamat itu hendaklah diberitahu oleh pengamal kepada Pendaftar dan suatu catitan mengenai pertukaran itu dalam perakuan pengamalan tahunan hendaklah diperolehi daripada Pendaftar dalam masa tiga puluh hari selepas pertukaran itu.
(7) Jika Majlis berpendapat dengan puashati bahawa seseorang doktor veterinar berdaftar adalah menjalankan amalan perubatan veterinar di sesuatu premis atau dalam sesuatu keadaan yang disifatkan oleh Majlis sebagai tidak sesuai untuk amalan itu, Majlis boleh mengarahkan supaya perakuan pengamalan tahunan pengamal itu dibatalkan,
DOKTOR VETERINAR dan dengan itu, perakuan itu hendaklah terhenti daripada berkuatkuasa dan tiada apa-apa perakuan pengamalan tahunan selanjutnya boleh dikeluarkan kepada pengamal itu selepas daripada itu samada bagi baki tahun itu atau bagi mana-mana tahun lain kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen-kecil (8).
(8) Jika seseorang doktor veterinar telah dibatalkan perakuan pengamalan tahunannya di bawah seksyen-kecil (7) dan ianya membuat permohonan mengikut cara yang ditetapkan dan menjelaskan bayaran yang ditetapkan, Majlis boleh, selepas menimbangkan keadaan hal perkara itu, mengarahkan supaya suatu pcrakuan pengamalan tahunan dikeluarkan kepada doktor veterinar itu.
(9) Seseorang doktor veterinar berdaftar yang menjalankan amalan perubatan veterinar dan yang—
(a) tiada mempunyai perakuan pengamalan tahunan yang berkuatkuasa bagi dirinya; atau
(b) berkongsi dengan seseorang doktor veterinar berdaftar yang tiada mempunyai perakuan itu; atau
(c) ada bekerja dengannya seorang doktor veterinar berdaftar yang tiada mempunyai perakuan itu; atau
(d) diambil bekerja untuk menjalankan urusan seorang doktor veterinar bagi pihak seseorang yang tiada mempunyai perakuan itu, adalah bersalah atas suatu kesalahan terhadap Akta ini dan ia tidaklah berhak menuntut apa-apa bayaran, upah, gantibayaran atau kos yang dilakukan dalam masa ianya atau mana-mana orang lain sebagaimana tersebut di atas tiada mempunyai perakuan pengamalan tahunan.
18. (1) Pendaftar hendaklah dengan seberapa segera yang boleh selepas satu haribulan Januari tiap-tiap tahun menyedia dan menyiarkan dalam Warta satu atau beberapa senarai mengandungi nama, alamat, kelulusan, tarikh kelulusan dan tarikh pendaftaran semua doktor veterinar yang kepadanya perakuan-perakuan pengamalan tahunan telah dikeluarkan bagi tahun itu dan mana-mana senarai atau senarai-senarai itu boleh dipinda pada bila-bila masa dalam tahun itu.
(2) Penyiaran senarai itu adalah keterangan prima facie mengenai butir-butir yang terkandung di dalamnya.
(3) Tidak adanya nama seseorang dalam senarai itu adalah keterangan prima facie bahawa perakuan pengamalan tahunan telah tidak dikeluarkan kepadanya dan ianya tidak dibenar menjalankan amalan sebagai seorang berdaftar.
(4) Perakuan yang ditandatangani oleh Pendaftar mengenai butir-butir yang terdapat dalam Daftar berkenaan dengan seseorang adalah keterangan muktamad mengenai butir-butir itu.
19. Tiap-tiap doktor veterinar berdaftar hendaklah memberitahu apa-apa jua pertukaran tentang alamat tetap kediaman atau amalannya kepada Pendaftar dalam masa tiga puluh hari selepas pertukaran itu.
20. Jika Majlis berpuashati bahawa seseorang yang namanya terdapat dalam Daftar telah mati atau tidak lagi menjalankan amalan perubatan veterinar dalam Malaysia maka Majlis hendaklah membuat suatu catitan yang sewajarnya bersetentangan dengan namanya dalam Daftar.
21. (1) Jika Pendaftar berpuashati bahawa seseorang doktor veterinar yang didaftarkan di bawah Akta ini adalah dimasukkan atau ditahan dalam sesuatu hospital sakit otak di bawah peruntukan mana-mana undangundang maka doktor veterinar itu hendaklah dengan itu disifatkan sebagai telah tidak lagi didaftarkan sedemikian, dan suatu catitan hendaklah dibuat dengan sewajarnya bersetentangan dengan namanya dalam Daftar.
(2) Seseorang doktor veterinar yang tidak lagi didaftarkan di bawah Akta ini menurut seksyen-kecil (1) tidak boleh didaftarkan lagi melainkan jika ia memuaskan hati Majlis bahawa keadaan otaknya membenarkan ia didaftarkan lagi.
22. (1) Pendaftar hendaklah, dari semasa ke semasa, memasukkan dalam Daftar—
(a) apa-apa jua perubahan yang mungkin diketahui olehnya tentang nama atau alamat seseorang yang didaftarkan di bawah Akta ini;
(b) apa-apa perubahan tentang kelulusan, kelulusan tambahan dan butir-butir lain yang dikehendaki diubah di bawah Akta ini.
(2) Pendaftar hendaklah, dari semasa ke semasa memotong dari Daftar nama sesiapa jua yang dikehendaki dipotong di bawah Akta ini.
23. (1) Tiap-tiap doktor veterinar yang didaftarkan dan yang memegang perakuan pengamalan tahunan yang sah adalah berhak, mengikut kelulusannya, menjalankan amalan perubatan veterinar mengikut peruntukan-peruntukan Aktiini dan menuntut dalam perjalanan biasa undang-undang bayaran-bayaran yang berpatutan kerana bantuan, nasihat, lawatan, pembedahan atau layanan profesycnal dan nilai apa-apa alat yang diberi atau dibuat atau dibckalkan olehnya kepada pcsakit-pesakitnya.
(2) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan seksyen 13, tiada seseorang berhak menuntut dalam mana-mana mahkamah apa-apa bayaran yang tersebut dalam seksyenkecil (1) melainkan jika pada tarikh bayaran itu terakru ia adalah seorang doktor veterinar berdaftar dan mempunyai perakuan pengamalan tahunan yang berkuatkuasa.
24. Tiada sesuatu perakuan atau sesuatu dokumen lain yang dikehendaki oleh mana-mana undang-undang bertulis ɑtau selainnya supaya sebaliknya untuk ditandatangani oleh seorang doktor veterinar yang berkelulusan dengan sempurna yang diberi selepas Akta ini mula berkuatkuasa boleh menjadi sah melainkan ditandatangani oleh seorang doktor veterinar berdaftar.
25. Perkataan "doktor veterinar yang berkelulusan di sisi undang-undang" atau "doktor veterinar yang berkelulusan dengan sempurna" atau apa-apa perkataan yang bererti seseorang diiktiraf disisi undang-undang sebagai seorang doktor veterinar yang berkelulusan apabila digunakan dalam mana-mana undang-undang bertulis berkenaan dengan orang itu, hendaklah ditafsirkan sebagai bererti seorang doktor veterinar berdaftar.
26. (1) Tiap-tiap doktor veterinar berdaftar hendaklah mengarahkan supaya dipamirkan disuatu tempat yang mudah dilihat di mana-mana premis di mana ia menjalankan amalan perubatan veterinar, kecuali sebagai seorang pegawai dalam perkhidmatan awam, perakuan pengamalan tahunan semasa yang dikeluarkan kepadanya.
(2) Jika seseorang doktor veterinar berdaftar menjalankan amalan perubatan veterinar sebagaimana tersebut di atas di dua alamat atau lebih, ia hendaklah mengarahkan supaya perakuan pengamalan tahunan semasanya yang asal dipamirkan sebagaimana tersebut di atas di premis di tempat amalan utamanya dan satu salinan yang diperakui bagi tiaptiap satu perakuan tersebut di premis di tiap-tiap tempat amalan yang lain itu, salinan-salinan yang diperakui itu hendaklah diperolehinya bagi maksud itu daripada Pendaftar dengan membuat permohonan bertulis mengikut cara yang ditetapkan dan dengan membayar bayaran yang ditetapkan baginya.
(3) Jika seseorang doktor veterinar berdaftar melanggar atau tidak mematuhi peruntukan-peruntukan seksyen-kecil (1) atau (2) ia adalah bersalah atas suatu kesalahan terhadap Akta ini.
(4) Sesiapa yang menunjukkan, atau membenar ditunjukkan di mana-mana premis sesuatu perakuan pengamalan tahunan atau sesuatu salinan yang diperakui bagi manamana satu perakuan-perakuan itu yang mengandungi namanya pada bila-bila masa manakala namanya tidak terdapat dalam Daftar atau manakala ia tidak memegang sesuatu perakuan pengamalan tahunan yang sah, mengikut mana yang berkenaan, adalah bersalah atas suatu kesalahan terhadap Akta ini.
27. Seseorang doktor veterinar berdaftar yang menjalankan amalan perubatan veterinar hendaklah memberi kepada Pendaftar, nama, alamat, kelulusan dan butir-butir mengenai perakuan atau pendaftaran dan butir-butir mengenai perakuan pengamalan tahunan semasa dan apa-apa maklumat lain sebagaimana yang ditetapkan berkenaan dengan orang-orang yang menjalankan amalan perubatan veterinar di tempat-tempat pengamalannya, dan jika ia tidak berbuat demikian maka ia adalah bersalah atas suatu kesalahan terhadap Akta ini.
28. (1) Maka adalah sah di sisi undang-undang bagi—
(b) pegawai yang bertanggungjawab bagi pentadbiran Perkhidmatan Haiwan dalam sesuatu Negeri; atau
(c) mana-mana pihakberkuasa yang diluluskan oleh Menteri bagi maksud seksyen ini, melantik pemeriksa-pemeriksa bagi maksud Akta ini dan memberi kuasa kepada pemeriksa-pemeriksa itu, dengan bertulis—
(i) untuk memasuki dan memeriksa pada bila-bila masa mana-mana premis yang digunakan atau dicadang untuk digunakan atau yang berkenaan dengannya ada sebab yang menasabah bagi mempercayai bahawa ia sedang digunakan untuk menjalankan amalan perubatan veterinar; dan
(ii) menyiasat dan melapurkan kepada orang atau pihakberkuasa yang telah melantik mereka mengenai keadaan dalam mana amalan perubatan veterinar sedang atau dicadang hendak dijalankan.
(2) Seseorang pemeriksa yang dilantik itu hendaklah semasa memasuki atau memeriksa mana-mana premis menunjukkan surat kuasa bertulis yang diberi di bawah seksyen-kecil (1).
(3) Lapuran-lapuran yang dibuat oleh seseorang pemeriksa di bawah seksyen-kecil (1) hendaklah dibuat dalam bentuk yang ditetapkan dan adalah menjadi kewajipan pihakberkuasa berkenaan yang telah melantik pemeriksa itu menghantar lapuran-lapuran itu kepada Majlis tidak lewat daripada empat belas hari selepas tarikh pemeriksaan itu.
BAHAGIAN IV
TINDAKAN TATATERTIB
29. (1) Majlis hendaklah mempunyai bidangkuasa tatertib atas semua doktor veterinar yang didaftarkan di bawah Akta ini.
(2) Majlis boleh menjalankan bidangkuasa tatatertib atas seseorang doktor veterinar berdaftar yang—
(a) telah disabitkan di Malaysia atau di mana-mana tempat lain atas sesuatu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman penjara (samada hukuman penjara sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda);
(b) telah bersalah kerana berkelakuan buruk dari apa apa jua segi profesyen;
(c) telah mendapatkan pendaftaran secara frod atau dengan cara menyalahnyatakan sesuatu;
(d) tidak berhak didaftarkan pada masa ia didaftarkan; atau
(e) namanya telah dipotong dari sesuatu daftar doktor doktor veterinar yang disenggara di mana-mana tempat di luar Malaysia.
30. (1) Pada menjalankan bidangkuasa tatatertibnya, Majlis boleh mengenakan mana-mana daripada hukuman-hukuman yang berikut—
(a) memerintahkan supaya nama doktor veterinar berdaftar itu dipotong dari Daftar;
(b) memerintahkan supaya nama doktor veterinar berdaftar itu digantung dari Daftar selama sesuatu tempoh yang difikirkannya patut;
(c) memerintahkan supaya doktor veterinar berdaftar itu dicela; atau
(d) membuat sesuatu perintah sebagaimana tersebut di atas tetapi menggantung pelaksanaannya, tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh Majlis, selama satu atau beberapa tempoh yang kesemuanya berjumlah tidak lebih daripada dua tahun, dan boleh, dalam sesuatu hal, membuat apa-apa perintah yang difikirkan patut oleh Majlis berkenaan dengan pembayaran kos Pendaftar dan kos seseorang pengadu atau kos doktor veterinar berdaftar itu, dan apa-apa kos yang diaward boleh dituntut sebagai hutang sivil.
(2) Jika nama seseorang doktor veterinar berdaftar diperintahkan oleh Majlis supaya dipotong atau digantung dari Daftar, maka ia hendaklah dalam masa lima hari selepas perintah itu dibuat menyerahkan balik kepada Pendaftar perakuan pengamalan tahunan semasanya termasuk sesuatu perakuan pengamalan tahunan yang terbaharu yang mungkin telah diperolehinya daripada Pendaftar dan juga perakuan pendaftarannya:
Dengan syarat bahawa jika doktor veterinar itu atau peguambela dan peguamcaranya tidak hadir di hadapan Majlis pada masa perintah itu dibuat, Pendaftar hendaklah memberi notis kepada doktor veterinar itu dengan bertulis, mengenai perintah yang dibuat oleh Majlis itu dan menghendaki dalam notis itu supaya doktor veterinar itu menyerahkan balik kepadanya perakuan pendaftarannya dan perakuan pengamalan tahunan semasanya termasuk sesuatu perakuan pengamalan tahunan yang terbaharu yang mungkin telah diperolehinya daripada Pendaftar dalam masa tujuh hari selepas notis itu diserahkan di alamat berdaftarnya, atau di alamatnya yang akhir diketahui jika alamat itu berbeza dengan alamat berdaftarnya dan jika pada pendapat Pendaftar penyampaian secara itu akan lobih berkesan.
(3) Jika doktor veterinar berdaftar itu tidak menyerahkan balik perakuan pengamalan semasanya termasuk sesuatu perakuan pengamalan tahunan yang terbaharu yang mungkin telah diperolehinya daripada Pendaftar dan juga perakuan pendaftarannya dalam masa yang diperuntukkan dalam seksyen-kecil (2) maka ia adalah bersalah atas suatu kesalahan terhadap Akta ini.
(4) Pendaftar hendaklah menyiarkan dalam Warta nama orang yang dipotong dari Daftar atau digantung daripada menjalankan amalan di bawah peruntukan-peruntukan seksyen ini samada--
(a) apabila tamat tempoh satu bulan yang ditetapkan dalam seksyen 31, jika orang itu tidak membuat rayuan terhadap keputusan Majlis itu, atau
(b) selepas sahaja keputusan dibuat oleh Mahkamah Tinggi mengesahkan keputusan Majlis itu, jika doktor veterinar itu membuat rayuan terhadap keputusan Majlis itu, mengikut mana yang berkenaan.
(5) Tiada seseorang yang namanya telah dipotong dari Daftar di bawah peruntukan seksyen ini berhak kemudianya memohon supaya didaftarkan di bawah peruntukan Akta ini, tetapi Majlis boleh, jika difikirkannya patut dalam sesuatu hal, atas permohonan orang yang berkenaan itu memerintahkan supaya nama orang itu dimasukkan semula dalam Daftar; dan jika nama seseorang orang telah digantung dari Daftar selama tempoh yang terhad sahaja, maka orang itu adalah berhak selepas tamat tempoh itu, tetapi tidak lebih awal, memohon supaya dikembalikan kepadanya perakuan pendaftaran dan perakuan pengamalan tahunan (jika tempoh yang baginya ia dikeluarkan masih belum tamat).
(6) Sesuatu permohonan di bawah seksyen-kecil (5) hendaklah dibuat mengikut cara atau bentuk dan disertai dengan apa-apa dokumen, gambarfoto, butir-butir, dan bayaran sebagaimana yang ditetapkan.
31. (1) Seseorang doktor veterinar yang terkilan dengan sesuatu perintah yang dibuat berkenaan dengannya oleh Majlis pada menjalankan bidangkuasa tatatertibnya atau dengan sesuatu keputusan Majlis dalam tindakan berhubung dengannya di bawah pcruntukan seksyen-kecil (1) seksyen 16 atau seksyen-kecil (1) seksyen 30 atau dengan pemotongan namanya dari Daftar di bawah mana-mana daripada peruntukan-peruntukan Akta ini kecuali Bahagian VII atau dengan apa-apa kcengganan atau kemungkiran Majlis mendaftar atau mcmasukkan scmula namanya dalam Daftar (melainkan jika pemotongan, kcengganan atau kemungkiran itu disebabkan oleh kemungkiran orang itu mendapatkan sesuatu perakuan pengamalan atau oleh pembatalan perakuan itu) boleh merayu kepada Mahkamah Tinggi, dan Mahkamah Tinggi boleh dengan itu mengesahkan, mengakaskan atau mengubah perintah atau keputusan yang diperayukan itu atau boleh memberi apa-apa arahan yang difikirkannya patut dalam perkara itu; kos bagi rayuan itu adalah terpulang kepada budibicara Mahkamah Tinggi.
(2) Keputusan Mahkamah Tinggi atas rayuan itu adalah muktamad.
(3) Acara berhubung dengan sesuatu rayuan itu hendak-lah tertakluk kepada kaedah-kaedah mahkamah yang dipakai di Mahkamah Tinggi:
Dengan syarat bahawa Mahkamah Tinggi tidak mempunyai kuasa mendengar rayuan terhadap sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen 30 melainkan notis mengenai rayuan itu diberi dalam masa satu bulan dari tarikh perintah itu dibuat atau, jika proviso kepada seksyen-kecil (2) seksyen 30 dipakai, dalam masa satu bulan selepas perintah itu disampaikan sebagaimana yang dinyatakan dalam proviso itu.
(4) Seseorang yang terkilan dengan keengganan Majlis mengeluarkan kepada orang itu suatu perakuan pengamalan tahunan atau dengan pembatalan perakuan pengamalan tahunannya boleh merayu kepada Menteri dan keputusan Menteri adalah muktamad, dan tiada apa-apa tindakan atau pembicaraan boleh dijalankan dalam mana-mana mahkamah undang-undang berkenaan dengan keengganan atau pembatalan itu.
25
BAHAGIAN V
AM
32. Tiap-tiap orang yang mendapatkan atau cuba mendapatkan dengan cara frod supaya dirinya atau mana-mana orang lain didaftarkan dengan membuat atau mengemukakan, atau menyebabkan dibuat atau dikemukakan, sesuatu pernyataan atau akuan palsu atau frod, samada secara lisan bertulis, adalah bersalah atas suatu kesalahan terhadap Akta ini.
33. (1) Sescorang yang tidak didaftarkan atau tidak dike-cualikan daripada pendaftaran di bawah Akta ini yang—
(a) bersengaja dan dengan palsu berpura-pura sebagai didaftarkan di bawah Akta ini atau sebagai berkelulusan menjalankan amalan perubatan veterinar;
(b) bersengaja dan dengan palsu memakai atau menggunakan nama atau taitel veterinar, pengamal veterinar, doktor veterinar, doktor perubatan veterinar, sarjana muda sains veterinar, sarjana muda doktor veterinar;
(c) bersengaja dan dengan palsu memakai atau menggunakan sesuatu nama, taitel, tambahan atau perihal yang memberi faham bahawa ia adalah didaftarkan di bawah Akta ini, atau bahawa ia adalah diiktiraf di sisi undang-undang sebagai seorang doktor veterinar atau bahawa ia adalah berkelulusan untuk mengubat atau merawat penyakit-penyakit haiwan samada dengan perubatan veterinar atau dengan apa-apa cara lain dari apa-apa jua jenis atau perihal;
(d) bersengaja dan dengan palsu memakai atau menggunakan sesuatu nama, taitel, tambahan atau perihal, atau menggunakan sesuatu alat, yang dikira akan mendorong seseorang mempercayai bahawa ia adalah berkelulusan untuk menjalankan amalan perubatan veterinar;
(e) menjalankan amalan perubatan veterinar;
(f) menggunakan perkataan "klinik veterinar" atau "dispensari veterinar" atau "hospital veterinar" atau sesuatu perkataan yang bersamaan dengan perkataan itu dalam apa-apa bahasa lain pada papan tanda di tempat amalannya sebagai berupa menjalankan amalan perubatan veterinar sebagai seorang yang didaftarkan di bawah Akta ini; atau
(g) menggunakan sesuatu simbol yang direkabentuk oleh Majlis untuk kegunaan doktor-doktor veterinar berdaftar sahaja, adalah bersalah atas suatu kesalahan terhadap Akta ini.
(2) Bagi maksud seksyen-kecil (1)—
(a) pemakaian atau penggunaan oleh seseorang akan perkataan "veterinar" atau "pengamal veterinar" atau "doktor veterinar" atau "doktor perubatan veterinar" atau "sarjana muda sains veterinar" atau "sarjana muda doktor veterinar" atau "klinik veterinar" atau "dispensari veterinar" atau "hospital veterinar" atau sesuatu perkataan yang bersamaan dengan perkataan itu dalam apa-apa bahasa lain berhubung dengan amalan perubatan veterinar hendaklah disifatkan, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, sebagai pemakaian atau penggunaan akan sesuatu nama, taitel, tambahan atau perihal yang dikira akan mendorong seseorang mempercayai bahawa ia adalah berkelulusan untuk menjalankan amalan perubatan veterinar;
(b) penggunaan oleh seseorang dalam amalan perubatan veterinar akan apa-apa alat atau bahan yang digunakan khusus oleh orang-orang yang berkelulusan untuk menjalankan amalan perubatan veterinar hendaklah disifatkan, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, sebagai penggunaan akan sesuatu alat yang dikira akan mendorong seseorang mempercayai bahawa ia adalah berkelulusan untuk menjalankan amalan perubatan veterinar; dan
(c) jika seseorang, lain daripada seorang doktor veterinar berdaftar atau seorang peniaga perkakas-perkakas dan alat-alat veterinar, ada dalam miliknya mana-mana satu atau lebih daripada alat-alat dan perkakas-perkakas yang biasanya digunakan dalam amalan perubatan veterinar, ia hendaklah disifatkan, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, sebagai bersengaja dan dengan palsu berpura-pura didaftarkan di bawah Akta ini dan sebagai berkelulusan untuk menjalankan amalan perubatan veterinar.
34. (1) Scsecorang doktor veterinar berdaftar yang mem-penarkan scsecorang takberdaftar menjalankan amalan permohatan veterinar di premis yang digunakan oleh atau di hawah kawalan doktor veterinar berdaftar itu dalam menjalankan tugas-tugas profesyenalnya adalah bersalah atas suatu kesalahan terhadap Akta ini.
(2) Seseorang doktor veterinar berdaftar yang dengan kehadirannya, airmukanya, nasihatnya, pertolongannya, atau kerjasamanya telah dengan diketahuinya membolehkan seseorang takberdaftar, samada disebut sebagai seorang pembantu atau selainnya, menjalankan amalan perubatan veterinar adalah bersalah atas suatu kesalahan terhadap Akta ini.
(3) Scscorang doktor veterinar berdaftar yang menjalankan amalan perubatan veterinar di premis di mana sescorang takberdaftar menjalankan amalan perubatan veterinar dengan diketahui oleh doktor veterinar berdaftar itu adalah bersalah atas suatu kesalahan terhadap Akta ini.
(4) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh berkuat-kuasa melarang seseorang dalam perkhidmatan awam yang diambil bekerja bagi maksud menjalankan amalan perubatan veterinar daripada menjalankan acara-acara yang termasuk dalam erti menjalankan amalan perubatan veterinar jika acara-acara itu dijalankan dalam masa orang itu bekerja dan di bawah penyeliaan seorang doktor veterinar dalam perkhidmatan awam.
35. Seseorang doktor veterinar berdaftar yang bersengaja atau dengan palsu berpura-pura sebagai seorang atau bersengaja memakai atau menggunakan apa-apa nama atau taitel atau perihal yang dengan sendirinya atau dalam keadaan perkataan itu digunakan memberi faham bahawa doktor veterinar berdaftar itu adalah mempunyai atau memegang sesuatu kelulusan untuk menjalankan amalan lain daripada kelulusan yang sebenar dipunyai atau dipegang olehnya adalah bersalah atas suatu kesalahan terhadap Akta ini.
36. (1) Tindakan bagi menjalankan pendakwaan atas sesuatu kesalahan terhadap Akta ini boleh diambil oleh—
(a) Yang Dipertua atau seseorang pegawai yang dilantik olehnya atau oleh Majlis bagi maksud itu secara bertulis;
(b) pegawai yang bertanggungjawab atas pentadbiran perkhidmatan-perkhidmatan veterinar dalam sesuatu Negeri atau seseorang pegawai yang dilantik olehnya bagi maksud itu secara bertulis; atau
(c) pihakberkuasa yang disebutkan dalam perenggan (c) seksyen-kecil (1) seksyen 28 atau seseorang pegawai yang dinamakan oleh pihakberkuasa itu bagi maksud itu dengan bertulis.
(2) Berkenaan dengan sesuatu kesalahan terhadap seksyen 33, mana-mana pegawai polis boleh menangkap tanpa waran sesiapa jua yang, bukan sebagai seorang doktor veterinar berdaftar, menjalankan amalan atau dipercayai menjalankan amalan perubatan veterinar di manamana jalan atau tempat awam.
37. Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh berkuatkuasa melarang:
(a) pelatihan pelajar-pelajar veterinar dalam amalan perubatan veterinar di bawah penyeliaan seorang doktor veterinar berdaftar di sesuatu hospital veterinar, klinik veterinar, atau sekolah veterinar yang diluluskan oleh Menteri bagi maksud itu;
(b) pemunya seekor binatang dan pekerja tetap penuh masa pemunya itu daripada memelihara atau merawat binatang-binatang kepunyaan pemunya itu melainkan jika pemunyaan binatang itu telah dipindahmilikkan bagi maksud mengelakkan Akta ini;
(c) mana-mana orang yang menjalankan penyelidikan saintifik bona fide yang menasabah memerlukan pengeksperimanan yang melibatkan binatang-bina-tang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang sebaliknya adalah dilarang atau disekat oleh Akta ini atau oleh mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya;
(d) seseorang pekerja kerajaan daripada menjalankan kewajipan-kewajipan jawatannya;
(e) seseorang daripada memberi nasihat mengenai perbuatan-perbuatan atau daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang telah ditetapkan oleh Majlis sebagai amalan pengurusan ternakan yang diterima;
(f) sesiapa jua yang diluluskan oleh Majlis daripada menjalankan pemanian beradas.
38. (1) Sesiapa yang bersalah atas sesuatu kesalahan ter-Penalgi am. hadap Akta ini boleh, apabila disabitkan, dikenakan—
(a) bagi kesalahan kali pertama, denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit; dan
(b) bagi kesalahan kali kedua atau kali kemudian, denda tidak lebih daripada dua ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada enam bulan atau denda dan penjara itu kedua-duanya.
(2) Berkenaan dengan sesuatu kesalahan yang berterusan orang itu boleh dikenakan penalti selanjutnya sebanyak lima puluh ringgit bagi tiap-tiap satu hari kesalahan itu diteruskan sebagai tambahan kepada penalti yang berkenaan di bawah perenggan (a) dan (b) seksyen-kecil (1).
BAHAGIAN VI
PERATURAN-PERATURAN
39. (1) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Majlis boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan bagi menetapkan apa-apa jua yang dikehendaki ditetapkan di bawah Akta ini, dan pada amnya, bagi melaksanakan tujuan-tujuan dan maksud-maksud Akta ini.
(2) Khususnya dan tanpa menyentuh keluasan kuasakuasa tersebut di atas, peraturan-peraturan itu boleh menetapkan—
(a) kewajipan-kewajipan Pendaftar;
(b) bentuk Daftar, cara bagaimana ianya akan disenggara dan juga kandungannya;
(c) bayaran yang dikehendaki dibayar mengenai permohonan-permohonan dan tindakan-tindakan di bawah Akta ini dan mengenai perakuan-perakuan dan dokumen-dokumen lain yang dikeluarkan di bawah Akta ini dan mengadakan apa-apa pengecualian yang difikirkan patut oleh Majlis daripadanya;
(d) bentuk dan cara bagaimana permohonan-permohonan untuk pendaftaran dan untuk perakuan pengamalan tahunan akan dibuat;
(e) bentuk bagi sesuatu perakuan atau sesuatu dokumen lain yang dikehendaki bagi melaksanakan maksud-maksud Akta ini;
(f) cara membuktikan kelulusan-kelulusan dalam perubatan veterinar;
(g) pengurusan harta Majlis dan pengoditan akaun-akaunnya;
(h) perlantikan Setiausaha dan kewajipan-kewajipan yang akan dijalankan olehnya;
(i) pengeluaran perakuan-perakuan veterinar mengenai sakit atau sihat;
(j) cara bagaimana Majlis mendapatkan nasihat undang-undang, hal mengadakan penasihat undang-undang bagi Majlis, kelulusan dan tugas-tugas penasihat undang-undang itu dan saraan yang akan dibayar kepada mereka;
(k) penerimaan pengaduan-pengaduan atau maklumat mengenai sesuatu perkara tatatertib yang boleh di siasat oleh Majlis dan penubuhan suatu Jawatankuasa Siasatan Permulaan untuk menjalankan suatu siasatan permulaan berkenaan dengan pengaduan atau maklumat mengenai suatu perkara tatatertib yang boleh disiasat oleh Majlis dan untuk memutuskan samada atau tidak suatu penyiasatan patut diadakan oleh Majlis;
(l) larangan terhadap seseorang ahli Jawatankuasa Siasatan Permulaan itu, yang juga menjadi seorang ahli Majlis. daripada menghadiri sesuatu mesyuarat Majlis pada masa Majlis menjalankan penyiasatan berkenaan dengan sesuatu pengaduan atau maklumat, dalam mana ia telah mengambil bahagian dalam siasatan permulaannya; dan
(m) acara yang akan diikuti berhubung dengan—
(i) mengemukakan pengaduan-pengaduan dan maklumat kepada Jawatankuasa Siasatan Permulaan;
(ii) siasatan permulaan mengenai apa-apa pengaduan atau maklumat oleh Jawatankuasa Siasatan Permulaan;
(iii) membentuk pertuduhan-pertuduhan berbangkit daripada pengaduan-pengaduan dan maklumat;
(iv) rujukan kepada Majlis oleh Jawatankuasa Siasatan Permulaan akan kes-kes yang berbangkit daripada pengaduan-pengaduan dan maklumat;
(v) pcnyiasatan tatatertib yang diadakan olch Majlis.
40. (1) Seksyen 29 dalam Ordinan Binatang, 1953 adalah dengan ini dimansuhkan dan semua lesen yang dikeluarkan di bawahnya hendaklah selepas satu bulan dari mula berkualkuasanya Akta ini disifatkan sebagai ditarikbalik dan lesen-lesen itu adalah tidak sah.
(2) Orang-orang yang berkenaan itu boleh memohon untuk didaftarkan di bawah Akta ini jika ia berkelulusan untuk berbuat demikian di bawah Akta ini.
BAHAGIAN VII
PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN BAGI MAKSUD-MAKSUD NEGARA
41. (1) Maka adalah dengan ini diisytiharkan bahawa Bahagian ini adalah dikanunkan bagi maksud-maksud ncgara.
(2) Bahagian ini hendaklah tetap terus berkuatkuasa selama tempoh lima tahun dari tarikh Bahagian ini mula berkuatkuasa.
42. (1) Tiap-tiap orang yang memperolehi pendaftaran di bawah seksyen 12 Akta ini boleh, selepas sahaja ia didaftarkan sedemikian atau pada bila-bila masa kemudianya, disampaikan suatu notis bertulis yang dikeluarkan oleh atau bagi pihak Ketua Pengarah menghendaki orang itu memegang suatu jawatan yang sesuai dengan kelulusannya dalam perkhidmatan awam dan pada tarikh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu mengenai tiap-tiap satu perkara ini.
(2) Seseorang yang disampaikan suatu notis di bawah seksyen-kecil (1) hendaklah mematuhi notis itu dan jika ia tidak berbuat demikian maka ia adalah bersalah atas suatu kesalahan terhadap Akta ini.
(3) Selepas sahaja suatu pertuduhan di bawah seksyenkecil (2) atau seksyen 43 dibuktikan dalam mahkamah terhadap seseorang, pendaftaran orang itu di bawah seksyen 12 hendaklah disifatkan sebagai terbatal, dan Pendaftar hendaklah memotong nama orang itu dari Daftar.
(4) Jika nama seseorang dipotong dari Daftar di bawah seksyen-kecil (3), maka nama orang itu tidak boleh dimasukkan semula dalam Daftar kecuali atas suatu arahan yang diberi oleh Menteri, dan Menteri boleh memberi arahan itu apabila permohonan bertulis dibuat kepadanya oleh orang yang namanya telah dipotong dari Daftar itu, dan sesuatu arahan yang diberi sedemikian boleh dibuat tertakluk kepada penunaian apa-apa had dan syarat yang difikirkan patut dikenakan oleh Menteri, dan had-had dan syarat-syarat itu boleh termasuk had-had dan syarat-syarat menghendaki orang itu berkhidmat sebagai pegawai veterinar dengan memuaskan hati Ketua Pengarah bagi suatu tempoh terus menerus yang berjumlah tidak kurang daripada dua tahun dalam satu atau beberapa jawatan dalam mana-mana satu perkhidmatan awam atau lebih mengikut sebagaimana yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Ketua Pengarah menurut budibicaranya; semasa orang itu menunaikan had-had dan syarat-syarat yang dikenakan di bawah seksyen-kecil ini ia hendaklah disifatkan sebagai didaftarkan setakat mana yang perlu untuk menunaikan had-had dan syarat-syarat dikenakan di bawah seksyen-kecil ini dan bagi apa-apa maksud lain sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri, tetapi tidak bagi apa-apa maksud lain; dan apabila had-had dan syarat-syarat yang dikenakan di bawah seksyen-kecil ini telah ditunaikan maka ia adalah berhak mendapat suatu perakuan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah sebagai keterangan mengenainya.
(5) Keputusan Menteri atas sesuatu permohonan yang dibuat kepadanya di bawah seksyen-kecil (4) untuk dimasukkan semula sesuatu nama dalam Daftar adalah muktamad dan tidak boleh dipersoal atau diulangkaji dalam mana-mana mahkamah jua pun.
(6) Jika sesuatu notis di bawah seksyen-kecil (1) telah disampaikan kepada seseorang yang kena disampaikan notis itu Ketua Pengarah boleh pada bila-bila masa membatalkan notis itu dan, jika difikirkannya patut, mengarahkan supaya suatu notis selanjutnya di bawah seksyen-kecil (1) disampaikan kepadanya.
43. Seseorang yang mula berkhidmat dalam sesuatu jawatan dalam sesuatu perkhidmatan awam menurut notis yang dikeluarkan di bawah seksyen-kecil (1) seksyen 42 hendaklah terus berkhidmat dalam jawatan tersebut itu atau dalam satu atau beberapa jawatan lain yang kemudian samada dalam perkhidmatan awam itu juga atau dalam
DOKTOR VETERINAR perkhidmatan awam yang lain mengikut sebagaimana yang ditclapkan dari semasa ke semasa oleh Ketua Pengarah menurut budibicaranya bagi suatu tempoh terus menerus yang berjumlah tidak kurang daripada dua tahun dengan memuaskan hati Ketua Pengarah; dan seseorang yang tidak mencukupkan tempoh itu tanpa apa-apa sebab yang berpatutan adalah bersalah atas suatu kesalahan terhadap Akta ini.
44. (1) Menteri bolch, dengan perintah yang disiarkan dalam Warta—
(a) berkenaan dengan seseorang tertentu;
(b) sccara am berkenaan dengan mana-mana golongan orang dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan olehnya;
(c) secara am berkenaan dengan semua orang dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan olehnya, membenarkan apa-apa pengurangan yang difikirkannya patut atau pengecuailan penuh dari tempoh perkhidmatan yang dikehendaki di bawah seksyen 43.
(2) Menteri boleh, apabila permohonan bertulis dibuat kepadanya oleh seseorang yang kena menjalani tempoh perkhidmatan yang dikehendaki di bawah seksyen 43, menangguhkan masa orang itu dikehendaki memulakan perkhidmatan itu selama tempoh yang difikirkannya patut jika ia berpuashati bahawa adalah patut dan menasabah baginya berbuat demikian itu.
(3) Keputusan Menteri atas sesuatu permohonan yang dibuat kepadanya di bawah seksyen-kecil (2) adalah muktamad dan tidak boleh dipersoal atau diulangkaji dalam mana-mana mahkamah jua pun.
45. Menteri boleh membuat kaedah-kaedah bagi melaksanakan tujuan-tujuan dan maksud-maksud Bahagian ini.