Malaysia legislation

Section 15

of AKTA PEMUSNAHAN SERANGGA PEMBAWA PENYAKIT 1975

Seksyen 15

(2)

Jika seseorang menjual atau memindah milik apa-apa harta yang berkenaan dengannya kos dan perbelanjaan telah dilakukan oleh Ketua Pengarah atau seseorang Pegawai Kesihatan pada atau mengenai menjalankan sesuatu kerja yang dikehendaki dibuat di bawah Akta ini dan kos dan perbelanjaan itu boleh diperoleh semula di bawah Akta ini daripada pemunya harta itu, orang itu hendaklah terus kena membayar semua kos dan perbelanjaan yang kena dibayar berkenaan dengan harta itu dan menjalankan semua tanggungan lain yang dikenakan oleh Akta ini kepada pemunya harta yang menjadi kena dibayar atau dikehendaki dilaksanakan sebelum pemindahan milik itu.

(3)

Tiada apa-apa pun dalam seksyen ini boleh menyentuh tanggungan pembeli atau penerima pindah milik untuk membayar kos dan perbelanjaan berkenaan dengan harta itu atau hak Ketua

Pengarah atau seseorang Pegawai Kesihatan untuk memperoleh semula kos dan perbelanjaan itu atau untuk menjalankan mana-mana tanggungan di bawah Akta ini.

(4)

Tiada apa-apa pun dalam seksyen ini boleh menyentuh tanggungan seseorang untuk didakwa atau dihukum di bawah Akta ini.

(5)

Ketua Pengarah atau seseorang Pegawai Kesihatan boleh mengikut budi bicaranya mengecualikan sebahagian atau kesemua daripada bayaran kos dan perbelanjaan jika dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa orang yang dikehendaki membuat bayaran tidak berkemampuan untuk membayar bayaran itu.

(6)

Bagi maksud seksyen ini “kos dan perbelanjaan” ertinya kesemua kos dan perbelanjaan yang dilakukan.

Penyampaian perintah, dsb.

Section 15 — AKTA PEMUSNAHAN SERANGGA PEMBAWA PENYAKIT 1975