Malaysia legislation
Section 16
Seksyen 16
(a)
dengan menyerahkannya kepada orang itu atau dengan menyerahkannya kepada seseorang keluarganya yang dewasa atau orang gajinya di tempat tinggal akhirnya yang diketahui;
(b)
dengan meninggalkannya di tempat tinggal atau perniagaannya yang biasa atau terakhir diketahui dalam sampul yang dialamatkan kepadanya; atau
(c)
dengan menghantarkannya secara pos dalam suatu surat yang telah dibayar terlebih dahulu yang dialamatkan kepada orang itu di tempat tinggal atau perniagaannya yang biasa atau terakhir diketahui.
(2)
Sesuatu perintah, notis atau dokumen lain yang dikehendaki oleh Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya boleh disampaikan kepada sesuatu pertubuhan perbadanan, firma, persatuan atau kumpulan orang—
(a)
dengan menyerahkannya kepada seseorang pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain seumpamanya atau pekongsi atau seseorang yang berupa sebagai bertindak dalam jawatan itu; atau
(b)
dengan menghantarkannya secara pos dalam suatu surat yang telah dibayar terlebih dahulu yang dialamatkan kepada pejabat berdaftar atau tempat perniagaan biasa atau yang terakhir diketahui kepunyaan pertubuhan perbadanan, firma, persatuan atau lain-lain kumpulan orang.
(3)
Sesuatu perintah, notis atau dokumen lain yang dikehendaki disampaikan oleh Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya kepada pemunya atau penduduk sesuatu premis hendaklah disifatkan sebagai dialamatkan dengan sempurna jika dialamatkan dengan menggunakan perihal “pemunya” atau
“penduduk” premis itu tanpa nama atau perihal selanjutnya.
(4)
Tanpa menyentuh subseksyen (1) dan (2), sesuatu perintah, notis atau dokumen lain yang dikehendaki disampaikan oleh Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya kepada pemunya atau penduduk sesuatu premis boleh disampaikan dengan menghantarnya kepada seseorang dewasa yang berada di premis itu atau, jika tidak ada seseorang dewasa di premis itu, kepada
Undang-Undang Malaysia
AKTA 154 20
sesiapa yang perintah, notis atau dokumen lain itu boleh dengan usaha yang munasabah diserahkan atau, dengan melekatkan perintah, notis atau dokumen itu pada sesuatu bahagian premis itu yang mudah dilihat.
Rayuan kepada Menteri