Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
(a)
jika dia syak bahawa sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya sedang atau telah dilakukan, menyita apa-apa barang yang telah menjadi hal perkara atau yang telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu; dan
(b)
menyita apa-apa barang termasuk kandungannya bagi maksud memeriksanya untuk menentukan jika ada serangga pembawa penyakit atau sama ada keadaannya mungkin memberi perlindungan atau membiakkan serangga pembawa penyakit.
(2)
Ketua Pengarah, seseorang Pegawai Perubatan Kesihatan atau seseorang inspektor hendaklah menyediakan suatu senarai semua barang yang disita di bawah subseksyen (1) dan menyerahkan dengan segera suatu salinan senarai itu yang ditandatanganinya kepada pemunya atau penduduk premis dari mana barang-barang itu telah disita atau kepada ejen atau pekerjanya atau kepada mana-mana orang lain yang darinya barang itu telah diambil.
(3)
Jika tiada seseorang dipertuduhkan atas sesuatu kesalahan barang itu hendaklah, melainkan jika barang itu dituntut oleh pemunya atau orang yang daripadanya barang itu disita dalam tempoh dua minggu selepas penyitaan itu, dilupuskan menurut budi bicara
Ketua Pengarah atau seseorang Pegawai Perubatan Kesihatan tetapi jika dalam tempoh itu tuntutan dibuat oleh pemunya atau seseorang
Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 9
yang daripadanya barang itu disita barang itu hendaklah dikembalikan kepadanya.
(4)
Walau apa pun subseksyen (3), Ketua Pengarah atau seseorang
Pegawai Kesihatan boleh pada bila-bila masa melupuskan apa-apa serangga pembawa penyakit atau apa-apa benda mudah rosak yang diambil mengikut apa-apa cara yang difikirkannya patut:
Dengan syarat bahawa jika benda mudah rosak itu dijual, pendapatan daripada jualan itu hendaklah, jika dituntut sedemikian oleh pemunya atau orang yang daripadanya benda mudah rosak itu disita, dibayar kepadanya dalam tempoh dua minggu selepas ia disita.
Kehendak untuk membekalkan maklumat