Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
(a)
memberi nama dan alamat tempat tinggalnya;
(aa) mengemukakan—
(i)
kad pengenalannya;
(ii)
dalam hal mana-mana premis perniagaan, apa-apa dokumen yang berkaitan dengan pendaftaran atau pelesenan perniagaan itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis; dan
(iii)
apa-apa dokumen lain yang dikehendaki oleh Ketua
Pengarah, seseorang Pegawai Kesihatan atau seseorang inspektor bagi maksud menentukan identiti pemunya atau penduduk premis itu;
(b)
memberi maklumat yang berhubungan dengan pembiakan serangga pembawa penyakit atau berlakunya sesuatu penyakit yang dibawa oleh serangga atau apa-apa maklumat lain yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah, seseorang
Pegawai Kesihatan atau seseorang inspektor,
(c)
memberi apa-apa pernyataan secara bertulis.
Undang-Undang Malaysia
AKTA 154 10
dan pemunya atau penduduk atau ejen atau orang gajinya atau mana-mana orang lain itu hendaklah mematuhi kehendak itu.
(2)
Jika di bawah subseksyen (1) seseorang enggan memberi nama atau alamat tempat tinggalnya atau memberi suatu nama atau alamat tempat tinggal yang Ketua Pengarah, seseorang Pegawai
Kesihatan atau seseorang inspektor ada sebab untuk mempercayai sebagai palsu, Ketua Pengarah, Pegawai Kesihatan atau inspektor boleh, untuk menentukan nama atau alamat tempat tinggalnya, menangkapnya dan dalam tempoh dua puluh empat jam membawanya ke hadapan Majistret yang berhampiran sekali melainkan jika sebelum daripada tempoh itu namanya dan alamat tempat tinggalnya yang sebenar telah dapat ditentukan dalam hal yang demikian orang itu hendaklah dilepaskan dengan segera.
(3)
Seseorang yang tidak memberi maklumat atau yang memberi maklumat yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) yang pada pengetahuannya adalah palsu bersalah atas suatu kesalahan di bawah
Akta ini.
Kuasa am untuk mengarah atau mengambil langkah supaya serangga pembawa penyakit dibinasakan, dsb.