Malaysia legislation

Section 16

of AKTA PENYELARASAN PERINDUSTRIAN 1975

Seksyen 16

Tiap-tiap lesen yang telah dikeluarkan oleh Menteri di bawah seksyen 4 sebelum permulaan kuat kuasa Akta Penyelarasan

Perindustrian (Pindaan) 1977 [Akta A401] hendaklah, apabila pindaan itu mula berkuat kuasa, disifatkan sebagai suatu lesen yang dikeluarkan oleh pegawai pelesenan di bawah Akta ini dan tertakluk kepada terma dan syarat yang dikenakan pada lesen itu.