Malaysia legislation
Section 20
Seksyen 20
(2)
Apa-apa penyata atau maklumat lain atau notis, perakuan, keputusan atau perintah yang dihantar melalui pos berdaftar hendaklah disifatkan telah disampaikan kepada orang itu (termasuk suatu perkongsian) yang kepadanya ia dialamatkan pada hari berikutan hari yang penyata atau maklumat lain atau notis, perakuan, keputusan
Penyelarasan Perindustrian 17
atau perintah itu sepatutnya telah diterima mengikut perjalanan biasa pos jika ia dialamatkan—
(a)
dalam hal Menteri atau pegawai pelesenan, kepada salah seorang daripada mereka, mengikut kehendak keadaan, di Kementerian;
(b)
dalam hal sesuatu syarikat, perkongsian atau kumpulan orang yang mempunyai suatu pejabat berdaftar di Malaysia, kepada pejabat berdaftar itu atau, jika tidak ada pejabat berdaftar seperti itu, kepada tempat utama perniagaan syarikat, perkongsian atau kumpulan itu di Malaysia atau, jika tidak ada tempat perniagaan utama seperti itu di
Malaysia, kepada tempat di mana apa-apa aktiviti lain bagi syarikat, perkongsian atau kumpulan itu dijalankan;
dan
(c)
dalam hal orang perseorangan, ke alamatnya yang terakhir diketahui.
Perakuan pegawai pelesenan menjadi keterangan prima facie tentang perkara tertentu yang dinyatakan dalamnya 21.
Jika dalam prosiding bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya, perlu untuk membuktikan bahawa—
(a)
mana-mana orang telah atau tidak dilesenkan pada suatu tarikh tertentu;
(b)
suatu lesen tertakluk kepada apa-apa syarat khusus;
(c)
suatu lesen telah dibatalkan, suatu perakuan secara bertulis yang berupa sebagai telah ditandatangani oleh pegawai pelesenan itu yang menyatakan bahawa—
(i)
orang itu telah atau tidak dilesenkan pada tarikh itu;
(ii)
lesen itu telah dikeluarkan tertakluk kepada suatu syarat khusus;
(iii)
lesen itu telah dibatalkan, hendaklah menjadi keterangan prima facie tentang perkara yang dinyatakan dalamnya dan pegawai pelesenan itu tidak boleh diperiksa mengenai kandungan perakuan itu melainkan jika notis tiga hari genap telah disampaikan kepadanya sebelum bermulanya pendengaran
Undang-Undang Malaysia
AKTA 156 18
kes itu tentang niat untuk berbuat demikian dan selanjutnya menyatakan butir-butir yang dimaksudkan untuk dicabar itu:
Dengan syarat bahawa perakuan itu hendaklah disampaikan kepada pihak pembela sekurang-kurangnya sepuluh hari genap sebelum bermulanya pendengaran itu.
Mahkamah Sesyen mempunyai bidang kuasa penuh