Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
Penguatkuasaan
(2)
Pada menjalankan mana-mana kuasa di bawah seksyen ini, pegawai yang diberi kuasa itu hendaklah, apabila diminta, mengemukakan surat kuasa yang dikeluarkan kepadanya oleh Menteri kepada orang yang terhadapnya dia bertindak di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya.
(3)
Apabila ternyata pada seseorang Majistret daripada maklumat bertulis yang diberikan dengan sumpah dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu bahawa ada sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa di dalam mana-mana bangunan atau tempat ada dikilangkan, disembunyikan, diletakkan atau disimpan apa-apa keluaran, kelengkapan pengilangan atau apa-apa benda lain yang berkenaan dengannya suatu kesalahan telah dilakukan terhadap
Akta ini atau terhadap mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya,
Majistret itu boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa kepada mana-mana pegawai yang diberi kuasa yang tersebut namanya dalam waran itu untuk memasuki bangunan atau tempat itu pada waktu siang atau waktu malam dan dengan atau tanpa bantuan dan di situ mencari dan mengambil apa-apa keluaran, kelengkapan pengilangan atau apa-apa benda lain yang berkenaan dengannya sesuatu kesalahan disyaki telah dilakukan dan pegawai yang diberi kuasa yang dinamakan dalam waran itu boleh juga mengambil apa-apa buku atau dokumen yang semunasabahnya dipercayai mengandungi maklumat mengenai apa-apa kesalahan yang disyaki telah dilakukan.
(4)
Apabila ternyata pada seseorang pegawai yang diberi kuasa bahawa ada sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa di dalam mana-mana bangunan atau tempat ada dikilangkan,
Undang-Undang Malaysia
AKTA 156 10
disembunyikan, diletakkan atau disimpan apa-apa keluaran, kelengkapan pengilangan atau apa-apa benda lain yang berkenaan dengannya suatu kesalahan telah dilakukan terhadap Akta ini atau terhadap mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya dan jika dia ada alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa kelewatan untuk mendapatkan suatu waran geledah, mungkin menyebabkan keluaran, kelengkapan pengilangan atau benda lain itu dipindahkan, pegawai yang diberi kuasa itu boleh menjalankan, di dalam atau pada atau berkenaan dengan bangunan atau tempat itu segala kuasa yang tersebut dalam subseksyen (3) seolah-olah dia telah diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh waran yang dikeluarkan di bawah subseksyen itu.
(5)
Tiap-tiap pegawai yang diberi kuasa yang menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (4) hendaklah mendapatkan kelulusan bertulis Menteri sebelum menjalankan kuasa tersebut.
(6)
Seseorang yang menghalang atau merintangi seseorang pegawai yang diberi kuasa pada menjalankan secara sah apa-apa kuasanya di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya, melakukan suatu kesalahan dan boleh didenda sebanyak lima ratus ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Penyata atau maklumat lain hendaklah diberikan apabila dikehendaki untuk berbuat demikian melalui notis bertulis