Malaysia legislation

Section 12

of AKTA INSTITUT PIAWAIAN DAN PENYELIDIKAN PERINDUSTRIAN MALAYSIA (PERBADANAN) 1975

Seksyen 12

(2)

Mesyuarat-mesyuarat Majlis hendaklah dipanggil oleh Setiausaha yang mana hendaklah memberi sekurangkurangnya dua puluh satu hari notis mengenai mesyuarat itu dan mengenai urusan yang hendak dijalankan dalam mesyuarat itu.

(3)

Dalam mana-mana mesyuarat Majlis, duabelas orang ahli yang hadir adalah mencukupi koram.

(4)

Dalam tiap-tiap mesyuarat Majlis—

(a)

Pengerusi hendaklah mengetuai mesyuarat;

(b)

jika Pengerusi tidak hadir maka Timbalan Pengerusi hendaklah mengetuai mesyuarat;

(c)

jika Pengerusi dan Timbalan Pengerusi tidak hadir maka ahli-ahli yang hadir hendaklah melantik salah seorang daripada mereka untuk mengetuai mesyuarat.

(5)

Orang yang mengetuai mesyuarat Majlis hendaklah mempunyai suatu undi asal dan jika bilangan undi sama banyak ia adalah berhak memberi undi pemutus.

(6)

Seorang ahli Majlis boleh melantik seorang ahli lain untuk menjadi proksinya, dan proksi yang dilantik sedemikian boleh sebagai tambahan kepada undinya sendiri membuang undi bagi ahli yang melantiknya, tetapi seorang proksi tidak boleh membuang lebih daripada tiga undi sebagai tambahan kepada undinya sendiri.

(7)

Tiap-tiap soal di hadapan Majlis hendaklah diputuskan dengan undi lebih suara.

(8)

Majlis hendaklah mengarahkan supaya minit yang sepatutnya disimpan mengenai perjalanannya pada tiaptiap satu mesyuarat, dan mana-mana minit itu yang berupa sebagai ditandatangani oleh orang yang mengetuai mesyuarat yang berkenaan itu atau mesyuarat yang berikutnya hendaklah tanpa dibuktikan selanjutnya menjadi keterangan mengenai ahli-ahli yang hadir dan urusan yang dijalankan dalam mesyuarat itu.

(9)

Tertakluk kepada seksyen-kecil (10), sesuatu soal di hadapan Majlis yang tidak dikehendaki oleh Akta ini atau oleh kaedah-kaedah untuk diputuskan dalam sesuatu mesyuarat boleh diundi dan diputuskan dengan cara kertas undi yang dihantar melalui pos.

(10)

Keputusan mengenai sesuatu soal di bawah seksyen-kecil (9) tidak akan berkesan melainkan jika—

(a)

kertas undi telah dihantar kepada tiap-tiap ahli yang berhak mengundi; dan

(b)

kertas itu menyatakan dengan jelas tentang soal yang hendak diputuskan dan tarikh akhir bagi penerimaan undi oleh Majlis dan tarikh itu hendak-lah tidak kurang daripada dua puluh satu hari selepas tarikh dikirim kertas itu.

16

(11)

Tertakluk kepada Akta ini dan kepada kaedah-kaedah, Majlis boleh membuat peraturan mengenai acaranya sendiri.