Malaysia legislation

Section 20

of AKTA INSTITUT PIAWAIAN DAN PENYELIDIKAN PERINDUSTRIAN MALAYSIA (PERBADANAN) 1975

Seksyen 20

(a)

mana-mana jawatankuasa yang dilantik di bawah seksyen 19; atau

(b)

Pengawal, mana-mana Pengarah, atau mana-mana pegawai Majlis.

(2)

Majlis tidak boleh mewakilkan kuasa-kuasanya di bawah seksyen 30 (8) melainkan kepada Jawatankuasa Piawaian.

(3)

Tertakluk kepada batasan-batasan atau syarat-syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh jawatankuasa atau Majlis, sesuatu jawatankuasa yang dilantik di bawah seksyen 19. boleh mewakilkan mana-mana daripada tugastugas atau kuasa-kuasanya, termasuk mana-mana tugas atau kuasa yang diwakilkan di bawah seksyen-kecil (1), kepada—

(a)

suatu jawatankuasa-kecil yang dilantik olehnya sendiri dari-antara-ahli-ahlinya-sendiri; atau

(b)

mana-mana daripada ahli-ahlinya.

(4)

Jika sesuatu jawatkuasa, jawatkuasa-kecil, atau seseorang berupa sebagai bertindak menurut perwakilan di bawah seksyen-kecil (1) atau (3), jawatankuasa, jawatankuasa-kecil, atau seseorang itu hendaklah dianggap sebagai bertindak mengikut syarat-syarat perwakilan jika tiada apa-apa bukti sebaliknya.

(a)

menetapkan cara bagaimana penentuan-penentuan boleh diisytiharkan sebagai penentuan-penentuan piawai;

(b)

membuat peraturan mengenai pengumuman penentuan-penentuan piawai;

(5)

Sesuatu perwakilan di bawah seksyen-kecil (1) atau (3) boleh dibatalkan pada bila-bila masa oleh Majlis atau jawatankuasa yang mewakilkan itu, mengikut mana yang berkenaan, dan perwakilan itu tidak boleh menghalang penjalanan apa-apa tugas atau kuasa oleh Majlis atau jawatankuasa yang mewakilkan itu.

Section 20 — STANDARD AND INDUSTRIAL RESEARCH INSTITUTE OF MALAYSIA (INCORPORATION) ACT 1975