Malaysia legislation
Section 26
of AKTA INSTITUT PIAWAIAN DAN PENYELIDIKAN PERINDUSTRIAN MALAYSIA (PERBADANAN) 1975
Seksyen 26
(3)
Selepas berakhir tiap-tiap satu tahun kewangan, dan sebaik-baik sahaja akaun Majlis telah diodit, Majlis hendak-lah mengarahkan supaya satu salinan penyata akaun itu dihantar kepada Menteri bersama dengan satu salinan pandangan-pandangan yang dibuat oleh Juruodit Negara atau juruodit lain yang dilantik di bawah seksyen-kecil (2) mengenai apa-apa penyata akaun atau mengenai akaun-akaun Majlis.
(4)
Menteri hendaklah dengan seberapa segera yang boleh mengarahkan supaya satu salinan bagi tiap-tiap penyata dan pandangan itu dibentangkan di hadapan tiap-tiap Majlis Parlimen.