Malaysia legislation

Section 30

of AKTA INSTITUT PIAWAIAN DAN PENYELIDIKAN PERINDUSTRIAN MALAYSIA (PERBADANAN) 1975

Seksyen 30

(2)

Jika atas sesuatu permohonan yang dibuat di bawah seksyen-kecil (1) Majlis berpuashati bahawa barangan, proses, atau amalan yang berkenaan dengannya pemohon ingin menggunakan suatu tanda piawai menepati suatu penentuan piawai, Majlis boleh memberi kepada pemohon suatu lesen untuk menggunakan tanda piawai itu tertakluk kepada apa-apa-syarat, jika ada, sebagaimana yang difikirkan patut oleh Majlis atau sebagaimana yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah.

→ (2A)

(3)

Tiada sesuatu lesen/di bawah seksyen ini boleh diberi bagi tempoh lebih daripada satu tahun tetapi—

(a)

selagi syarat-syarat lesenitu dipatuhi, lesenitu boleh dari semasa ke semasa dibaharui oleh Majlis bagi tempoh atau tempoh-tempoh, tidak lebih daripada satu tahun pada sesuatu kali, sebagaimana yang difikirkannya patut;

(b)

lesen itu hendaklah disifatkan sebagai dibaharui dari semasa ke semasa bagi tempoh satu tahun melainkan jika dibatalkan secara tertentu.

(4)

Tiap-tiap orang yang memohon supaya suatu lesen diberi di bawah seksyen ini dan tiap-tiap orang yang kepadanya suatu lesen diberi sedemikian hendaklah, jika ia dikehendaki berbuat demikian oleh Majlis pada bila-bila masa—

(a)

mengemukakan untuk diperiksa atau diuji contoh contoh barangan yang berkenaan dengannya lesen itu dipohon atau telah diberi;

(b)

mengemukakan apa-apa maklumat berkenaan dengan pengeluaran dan ujian olehnya akan barangan itu atau berkenaan dengan proses, atau amalan yang berkenaan dengannya lesen itu dipohon atau telah diberi.

(5)

Sesuatu contoh yang dikehendaki di bawah seksyenkecil (4) supaya dikemukakan untuk diperiksa atau diuji boleh dipilih secara rawak oleh seseorang yang bertindak bagi Majlis dan hendaklah dikemukakan kepada Majlis tanpa apa-apa bayaran dibuat oleh orang yang mengemukakannya itu.

(6)

Apabila sesuatu contoh bagi sesuatu barangan telah dikemukakan atau dipilih untuk diperiksa atau diuji menurut seksyen ini, maka hendaklah dibayar kepada Majlis oleh pemohon atau pemegang lesen/yang barangannya telah dikemukakan atau dipilih sedemikian kos yang menasabah bagi pemeriksaan atau ujian itu dan lain-lain kos sebagaimana yang menasabah dilakukan berhubung dengan pemeriksaan atau ujian itu.

(7)

Majlis hendaklah menyenggara suatu daftar dalam mana hendaklah direkodkan butir-butir tiap-tiap lesen/yang diberi di bawah seksyen ini dan yang hendaklah terbuka pada bila-bila masa yang menasabah untuk diperiksa oleh orangramai di pejabat Majlis.

(8)

Majlis boleh pada bila-bila masa menggantung atau membatalkan sesuatu lesen/yang diberi di bawah seksyen ini, tetapi—

(a)

seseorang pemegang lesen

(a)

seseorang pemegang lesen/yang lesennya telah digantung atau dibatalkan oleh Jawatankuasa Piawaian pada menjalankan kuasa-kuasa yang diwakilkan kepadanya oleh Majlis boleh merayu kepada Majlis; dan

(b)

seseorang pemegang lesen

(b)

seseorang pemegang lesen/yang—lesennya telah digantung atau dibatalkan oleh Majlis atau yang tidak puashati dengan keputusan Majlis atas sesuatu rayuan yang dibuat olehnya di bawah perenggan (a) boleh merayu kepada Menteri dan keputusan Menteri adalah muktamad.

Section 30 — STANDARD AND INDUSTRIAL RESEARCH INSTITUTE OF MALAYSIA (INCORPORATION) ACT 1975