Malaysia legislation
Section 45
of AKTA INSTITUT PIAWAIAN DAN PENYELIDIKAN PERINDUSTRIAN MALAYSIA (PERBADANAN) 1975
Seksyen 45
Semua suratikatan, bon, perjanjian, suratcara, dan perkiraan-perkiraan pengusahaan yang ada sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Akta ini dan yang menyentuh manamana harta yang dipindahmilik di bawah seksyen 44 hendaklah berkuatkuasa dan berkesan sepenuhnya terhadap atau untuk faedah Institiut dan Majlis dengan sepenuh dan berkesannya seolah-olah Majlis dan Institiut dan bukan badan yang dibubarkan atau seseorang yang bertindak di pihaknya telah dinamakan di dalamnya atau menjadi satu pihak kepadanya.