Malaysia legislation
Section 47
of AKTA INSTITUT PIAWAIAN DAN PENYELIDIKAN PERINDUSTRIAN MALAYSIA (PERBADANAN) 1975
Seksyen 47
Semua wang yang ada dalam, atau yang kena dibayar kepada, kumpulanwang badan yang dibubarkan hendaklah apabila mula berkuatkuasanya Akta ini dipindahmilik kepada kumpulanwang yang ditubuhkan di bawah seksyen 22.
(3)
Apa-apa rayuan yang dibuat atau apa-apa kebenaran untuk merayu yang dipohon pada atau selepas mula berkuatkuasanya Akta ini terhadap sesuatu keputusan yang diberi sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini dalam sesuatu pembicaraan di sisi undang-undang yang kepadanya sesuatu badan yang dibubarkan telah menjadi satu pihak boleh dibuat oleh atau terhadap Majlis.