Malaysia legislation
Section 4
of AKTA INSTITUT PIAWAIAN DAN PENYELIDIKAN PERINDUSTRIAN MALAYSIA (PERBADANAN) 1975
Seksyen 4
Tugas-tugas Institiut ialah—
(a)
untuk meninggikan, memajukan dan mengumumkan piawaian-piawaian bagi perdagangan dan perindustrian dan bagi barang-barang yang dikeluarkan dalam atau yang diimpot ke dalam Malaysia samada bagi kegunaan dalam Malaysia atau bagi ekspot atau ekspot semula;
INSTITUT PIAWAIAN DAN PENYELIDIKAN PERINDUSTRIAN MALAYSIA (PERBADANAN)
(c)
untuk memajukan kebajikan, kesihatan dan keselamatan awam dan perindustrian;
(b)
untuk memajukan kecekapan dan perkembangan perindustrian;
(d)
untuk memajukan dan menjalankan penyelidikan/ perindustrian dengan tujuan untuk—
(i)
memperbaiki proses-proses dan cara-cara teknik;
(iii)
menggalakkan penggunaan keluaran-keluaran Malaysia; dan
(ii)
mendapatkan proses-proses dan cara-cara baru;
(iv)
menerima dan memakai atau mensesuaikan teknoloji yang dimajukan di lain-lain negara untuk digunakan dalam Malaysia, dan untuk menggunakan hasil-hasil penyelidikan itu;
(e)
untuk mengadakan perkhidmatan-perkhidmatan perundingan dan pengembangan perindustrian bagi membantu perindustrian untuk menepati piawaian-piawaian; dan
(f)
amnya untuk memperbaiki proses-proses dan teknik-teknik pengeluaran.