Malaysia legislation
Section 6
of AKTA INSTITUT PIAWAIAN DAN PENYELIDIKAN PERINDUSTRIAN MALAYSIA (PERBADANAN) 1975
Seksyen 6
Bagi maksud melaksanakan tugas-tugas dan menjalankan kuasa-kuasa dan mengarah dan menguruskan hal-ehwal Institiut, maka adalah dengan ini ditubuhkan Majlis
Institiut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia yang mana adalah suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun temurun dan mempunyai suatu meteri, dan yang boleh mendakwa dan didakwa atas nama perbadanannya dan, tertakluk kepada dan bagi maksud-maksud Akta ini, boleh membuat kontrek-kontrek dan memperolehi dan memegang harta alih atau harta takalih, dan melupuskannya atau dengan cara lain membuat apa-apa urusan mengenainya.