Malaysia legislation

Section 7

of AKTA INSTITUT PIAWAIAN DAN PENYELIDIKAN PERINDUSTRIAN MALAYSIA (PERBADANAN) 1975

Seksyen 7

(a)

seorang Pengerusi;

(b)

Pengawal Institiut yang mana hendaklah menjadi Timbalan Pengerusi;

(c)

seorang wakil dari Kementerian yang bertanggung-jawab bagi Institiut;

(d)

seorang wakil dari Jabatan Perdana Menteri;

(e)

seorang wakil dari Perbendaharaan;

(f)

seorang wakil dari Kementerian yang bertanggung-jawab bagi kemajuan perindustrian pada amnya;

(g)

seorang wakil dari Kementerian yang bertanggung-jawab bagi kemajuan pertanian;

(h)

seorang wakil dari Kementerian Pertahanan;

(i)

seorang wakil dari Kementerian yang bertanggung-jawab bagi jentera;

(j)

seorang wakil dari Kementerian yang bertanggung-jawab bagi perhubungan;

(k)

seorang wakil dari Kementerian yang bertanggung-jawab bagi kerja raya;

(l)

seorang wakil bagi Negeri-negeri;

(m)

seorang wakil dari Lembaga Letrik Negara;

(n)

seorang wakil dari dewan perniagaan;

(o)

seorang dari dewan atau persatuan pengilang;

(p)

seorang wakil dari Institusi Jurutera-jurutera (Malaysia);

(q)

seorang wakil dari Pertubuhan Akitek-akitek Malaysia;

(r)

seorang dari mana-mana badan bagi kemajuan daya pengeluaran;

(s)

seorang dari mana-mana badan bagi kemajuan perindustrian dan ekonomi;

(t)

seorang mobil

(t)

seorang wakil dari pertubuhan-pertubuhan pengguna;

(u)

empat orang ahli sains yang mana dua daripadanya hendaklah dari institusi-institusi pengajian tinggi.

(2)

Ahli-ahli Majlis, lain daripada Pengawal, hendaklah dilantik oleh Menteri dan, tertakluk kepada seksyen-seksyen 8 dan 9, hendaklah, melainkan jika mereka meletakkan jawatan atau perlantikan mereka dibatalkan terlebih dahulu, memegang jawatan tertakluk kepada had-had dan syaratsyarat sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

(3)

Ahli-ahli Majlis atau ahli-ahli mana-mana daripada jawatankuasa-jawatankuasanya boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

(4)

Timbalan Pengerusi hendaklah menjalankan kuasakuasa dan melaksanakan kewajipan-kewajipan Pengerusi di bawah Akta ini jika dalam mana-mana suatu tempoh Pengerusi tidak dapat menjalankan kuasa-kuasanya atau tidak dapat melaksanakan kewajipan-kewajipannya oleh sebab ia tidak ada dalam Malaysia atau ia sakit atau oleh apa-apa sebab lain.

FA. FB. ---