Malaysia legislation

Section 5

of AKTA PENSTABILAN HARGA GETAH 1975

Seksyen 5

Peraturan-peraturan

Menteri boleh bagi maksud menjalankan peruntukan Akta ini membuat peraturan-peraturan dan tanpa menjejaskan keluasan yang disebut terdahulu, peraturan-peraturan itu boleh—

(a)

membuat peruntukan bagi pelaksanaan apa-apa perjanjian antarabangsa yang dibuat antara Malaysia dengan mana-mana negara lain untuk mewujudkan suatu skim bagi penstabilan harga getah dalam pasaran dunia;

(b)

membuat peruntukan bagi pelantikan pegawai untuk memeriksa stok getah yang dikehendaki disimpan di bawah

Akta ini, memeriksa rekod mengenainya, dan secara amnya untuk menjalankan peruntukan Akta ini dan apa-apa peraturan yang dibuat di bawahnya;

(c)

mengawal selia pengurusan stok getah yang diadakan di bawah seksyen 4;

*CATATAN—Kementerian ini telah dibubarkan dan fungsinya kini diambil alih oleh Unit Perancang

Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

Penstabilan Harga Getah 7

(d)

menghendaki semua estet dan kebun kecil getah didaftarkan dan membuat peruntukan mengenai cara pendaftaran;

(e)

melarang atau mengawal selia penggunaan kimia dan bahan lain yang merangsang pokok getah untuk mengeluarkan susu;

(f)

mengenakan penalti berupa denda yang tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau pemenjaraan yang tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya bagi pelanggaran mana-mana peruntukan peraturan-peraturan dan membuat peruntukan bagi pelucuthakan apa-apa getah yang menjadi hal perkara pelanggaran itu dan cara mengenainya.

Pindaan Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah

(Penanaman Semula) 1952 6.

Subseksyen 17(1) Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah

(Penanaman Semula) 1952 [Ord. 8 tahun 1952] dengan ini dipinda dengan memasukkan selepas sahaja perkataan “this Ordinance”

perkataan “and all other information relating to rubber estates and smallholdings and production, storage, sale and export of rubber”.

8

Undang-Undang Malaysia

Section 5 — AKTA PENSTABILAN HARGA GETAH 1975 | mylaw.my