Malaysia legislation
Section 11
of AKTA MEMBAHARUI UNDANG-UNDANG (PENGHAPUSAN SAMSU GELAP) 1976
Seksyen 11
Mana-mana pegawai kanan boleh, bagi maksud Akta ini, memasuki premis kepunyaan mana-mana orang yang menjalankan perniagaan yang dibenarkan sebagai pengeluar, pengilang, penjual atau pengedar apa-apa likuor yang memabukkan dan meminta supaya dikemukakan, dan memeriksa, apa-apa buku atau dokumen berhubungan dengan urus niaga likuor itu, dan memeriksa apa-apa stok likuor itu.