Malaysia legislation
Section 12
of AKTA MEMBAHARUI UNDANG-UNDANG (PENGHAPUSAN SAMSU GELAP) 1976
Seksyen 12
Halangan terhadap pemeriksaan, penggeledahan atau penyiasatan sesuatu kesalahan
(a)
tidak membenarkan mana-mana pegawai yang berhak yang diberi kuasa untuk masuk atau menggeledah sesuatu premis atau kenderaan;
Membaharui Undang-Undang (Penghapusan
Samsu Gelap)
(b)
menyerang, menghalang, merintang atau melambatkan mana-mana pegawai yang hak dalam melakukan apa-apa kemasukan yang dia berhak melakukan di bawah Akta ini, atau dalam menjalankan apa-apa kewajipan yang ditanggungkan atau kuasa yang diberi oleh Akta ini;
(c)
tidak mematuhi apa-apa tuntutan atau perintah yang sah di sisi undang-undang daripada mana-mana pegawai yang berhak pada menjalankan kewajipannya di bawah Akta ini;
(d)
enggan atau cuai daripada memberi kepada mana-mana pegawai yang berhak apa-apa maklumat yang mungkin dengan munasabah dikehendaki dan yang mana ada dalam kuasanya untuk memberi;
(e)
memberi kepada mana-mana pegawai yang berhak sebagai benar, maklumat yang dia tahu atau mempunyai sebab untuk mempercayai sebagai palsu;
(f)
tidak mengemukakan atau menyembunyi atau cuba menyembunyikan apa-apa samsu gelap, alat mengilang, buku atau dokumen yang berhubungan dengannya ada alasan yang munasabah untuk mengesyaki berlakunya suatu kesalahan terhadap Akta ini;
(g)
lari atau cuba lari daripada jagaan yang sah di sisi undang-undang setelah ditangkap kerana suatu kesalahan terhadap
Akta ini;
(h)
melepaskan atau cuba melepaskan atau menyebabkan dilepaskan mana-mana orang yang telah ditangkap dengan sewajarnya atau apa-apa benda yang telah disita dengan sewajarnya; atau
(i)
sebelum atau selepas sesuatu penyitaan, memecah atau memusnahkan apa-apa benda untuk mengelakkan ia daripada disita, melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi lima tahun dan denda tidak melebihi lima ribu ringgit.
Tanggung rugi Kerajaan dan pegawai awam