Malaysia legislation
Section 14
of AKTA MEMBAHARUI UNDANG-UNDANG (PENGHAPUSAN SAMSU GELAP) 1976
Seksyen 14
(2)
Apa-apa benda yang boleh disita di bawah seksyen ini bolehlah dilucut hak.
(3)
Apabila sesuatu kenderaan disita di bawah seksyen ini pegawai yang menyita itu hendaklah dengan serta-merta memberi notis bertulis mengenai penyitaan itu dan alasan baginya kepada pemunya kenderaan itu, jika diketahui, sama ada dengan menyerahkan sendiri notis itu kepadanya atau dengan pos berdaftar ke alamatnya yang akhir diketahui:
Dengan syarat bahawa notis itu tidak perlu jika penyitaan itu dilakukan di hadapan pesalah atau pemunya kenderaan itu atau ejennya.
(4)
Subseksyen (1) tidak boleh dipakai bagi apa-apa kenderaan, iaitu kapal yang beratnya lebih daripada dua ratus tan berat tan berdaftar bersih atau sesuatu kapal udara:
Dengan syarat bahawa mana-mana kapal atau kapal udara itu boleh disita oleh seseorang pegawai kanan sementara menanti suatu permohonan kepada mahkamah bagi mendapatkan suatu perintah di bawah seksyen 8, dan permohonan itu hendaklah dibuat dengan seberapa segera yang praktik selepas penyitaan itu.
(5)
Apabila sesuatu kenderaan telah disita di bawah seksyen ini, seseorang pegawai kanan boleh memulangkan kenderaan itu kepada pemunya apabila jaminan yang mencukupi diberi dengan memuaskan hati pegawai itu bahawa kenderaan itu akan diserahkan balik kepadanya apabila diminta.
Membaharui Undang-Undang (Penghapusan
Samsu Gelap)
(6)
Sesuatu perintah bagi melucut hak atau melepaskan apa-apa benda yang boleh dilucut hak di bawah seksyen ini hendaklah dibuat oleh mahkamah yang di hadapannya pendakwaan berkenaan dengannya telah diadakan, dan sesuatu perintah bagi melucut hak benda itu hendaklah dibuat jika dibuktikan dengan memuaskan hati mahkamah bahawa sesuatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa benda itu menjadi hal perkara atau telah digunakan bagi melakukan kesalahan itu walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu.
(7)
Jika tidak ada pendakwaan mengenai apa-apa benda yang disita di bawah seksyen ini, benda itu hendaklah diambil dan disifatkan sebagai dilucut hak apabila habis tempoh satu bulan daripada tarikh penyitaan melainkan jika suatu tuntutan terhadapnya dibuat sebelum tarikh itu mengikut seksyen ini.
(8)
Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia pemunya apa-apa benda yang boleh dilucut hak di bawah subseksyen (7)
dan bahawa benda itu tidak boleh dilucut hak sedemikian boleh dengan sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis memberi notis bertulis kepada seseorang pegawai kanan bahawa dia menuntut benda itu.
(9)
Apabila menerima apa-apa notis yang diberi di bawah subseksyen (8), pegawai kanan itu hendaklah merujukkan tuntutan itu kepada Hakim Mahkamah Sesyen, untuk mendapatkan keputusannya.
(10)
Hakim Mahkamah Sesyen yang kepadanya rujukan dibuat di bawah subseksyen (9) hendaklah mengeluarkan suatu saman menghendaki orang yang menegaskan bahawa dia pemunya benda itu dan orang yang daripadanya benda itu disita supaya hadir di hadapannya, dan apabila mereka hadir atau tidak hadir, penyampaian wajar akan saman itu dibuktikan, Hakim hendaklah memulakan pemeriksaan perkara itu dan apabila dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa benda itu menjadi hal perkara atau telah digunakan bagi melakukan kesalahan itu, hendaklah memerintahkan benda itu supaya dilucut hak, atau boleh memerintahkan benda itu dilepaskan jika bukti sedemikian tiada.
16
Undang-Undang Malaysia
(11)
Menteri boleh apabila permohonan secara bertulis dibuat kepadanya memerintahkan apa-apa benda yang disita di bawah
Akta ini, sama ada dilucut hak atau diambil dan disifatkan sebagai dilucut hak, diserahkan kepada pemunya atau orang lain yang berhak kepadanya mengikut apa-apa terma dan syarat yang difikirkan oleh Menteri patut dikenakan:
Dengan syarat bahawa permohonan itu hendaklah dibuat sebelum habis tempoh satu bulan dari tarikh benda itu dilucut hak atau dari tarikh benda itu diambil dan sifatkan sebagai dilucut hak, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Cara penyitaan tidak boleh menyentuh kes secara bertentangan