Malaysia legislation
Section 16
of AKTA MEMBAHARUI UNDANG-UNDANG (PENGHAPUSAN SAMSU GELAP) 1976
Seksyen 16
Kesalahan yang boleh ditangkap
(2)
Tiap-tiap orang yang ditangkap sedemikian hendaklah, bersama dengan apa-apa benda yang mengenainya sesuatu kesalahan mungkin telah dilakukan atau sedang dilakukan atau pun yang dipercayai dengan munasabah oleh pegawai yang membuat tangkapan itu sebagai boleh dilucut hak di bawah Akta ini, dibawa ke balai polis atau ke pejabat kastam dan boleh diperiksa, dengan syarat seseorang perempuan tidak boleh diperiksa kecuali oleh seorang perempuan.
(3)
Tertakluk kepada subseksyen 14(4), mana-mana pegawai yang berhak yang membuat sesuatu tangkapan di bawah seksyen ini boleh menyita apa-apa benda yang dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai boleh dilucut hak di bawah seksyen tersebut.
Membaharui Undang-Undang (Penghapusan
Samsu Gelap)
17
Jaminan tidak boleh diberi berkenaan dengan kesalahan tertentu