Malaysia legislation

Section 16A

of AKTA MEMBAHARUI UNDANG-UNDANG (PENGHAPUSAN SAMSU GELAP) 1976

Seksyen 16A

Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain atau mana-mana kaedah undang-undang yang berlawanan, jaminan tidak boleh diberi kepada orang tertuduh yang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah Akta ini—

(a)

jika kesalahan yang dilakukan itu boleh dikenakan hukuman penjara selama lebih daripada *tujuh tahun; atau

(b)

jika kesalahan yang dilakukan itu boleh dikenakan hukuman penjara selama *tujuh tahun atau kurang dan Pendakwa

Raya memperakui secara bertulis bahawa bukan bagi kepentingan awam untuk memberi jaminan kepada orang tertuduh itu.