Malaysia legislation

Section 18

of AKTA MEMBAHARUI UNDANG-UNDANG (PENGHAPUSAN SAMSU GELAP) 1976

Seksyen 18

Anggapan

(a)

sesuatu premis hendaklah disifatkan sebagai digunakan bagi sesuatu maksud jika ianya digunakan bagi maksud itu walaupun pada sekali sahaja;

(b)

seseorang hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai penduduk sesuatu premis jika dia mempunyai, atau nampaknya ada mempunyai, jagaan atau pengurusan terhadap premis itu;

*CATATAN—Dahulunya “lima tahun”–lihat Akta Membaharui Undang-Undang (Penghapusan Samsu

Gelap) 1988 [Akta A711].

18

Undang-Undang Malaysia

(c)

jika apa-apa samsu gelap dijumpai dalam sesuatu premis hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, bahawa pemunya atau penduduk premis itu memperdagangkan samsu itu dengan mengetahuinya sebagai samsu gelap;

(d)

jika apa-apa alat mengilang dijumpai dalam sesuatu premis hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, bahawa pemunya atau penduduk premis itu dengan diketahuinya menyimpan atau dengan diketahuinya memiliki alat mengilang itu;

(e)

mana-mana orang yang didapati ada atau telah ada dalam simpanannya atau di bawah kawalannya apa-apa benda yang mengandungi samsu gelap hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai memperdagangkan atau telah memperdagangkan samsu itu dengan mengetahuinya sebagai samsu gelap;

(f)

jika apa-apa samsu gelap dijumpai disembunyikan dalam apa-apa ruang yang dibina khas bagi maksud itu pada sesuatu kenderaan, ia hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai telah disembunyikan sedemikian dengan diketahui oleh pemunya kenderaan itu dan oleh orang yang pada masa itu menjaga kenderaan itu;

(g)

keterangan oleh ahli kimia Kerajaan dalam laporannya atau oleh seseorang pegawai kanan bahawa apa-apa alat untuk mengilang samsu gelap hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai keterangan yang mencukupi mengenai fakta itu;

(h)

apabila apa-apa samsu gelap yang disyaki telah disita dan samsu itu terkandung dalam beberapa bekas, mencukupi untuk menganalisa contoh kandungan tidak kurang daripada sepuluh peratus daripada jumlah bekas dari setiap satu jenis dan jika analisa itu membuktikan bahawa contoh itu kesemuanya dari jenis, kuantiti dan kualiti yang sama, hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, bahawa kandungan kesemua bekas lain yang serupa jenisnya sama jenis, kuantiti dan kualitinya dengan contoh yang dianalisa sedemikian.

Membaharui Undang-Undang (Penghapusan

Samsu Gelap)

19

Pernyataan boleh diterima sebagai keterangan