Malaysia legislation

Section 21

of AKTA MEMBAHARUI UNDANG-UNDANG (PENGHAPUSAN SAMSU GELAP) 1976

Seksyen 21

Perlindungan bagi pemberi maklumat

(2)

Jika apa-apa buku, dokumen atau kertas yang dikemukakan sebagai keterangan atau yang boleh diperiksa dalam apa-apa jua pembicaraan sivil atau jenayah mengandungi apa-apa catatan dalam mana seseorang pemberi maklumat dinamakan atau diperihalkan atau yang mungkin membawa kepada pemberi maklumat itu diketahui, mahkamah yang di hadapannya pembicaraan itu diadakan hendaklah mengarahkan supaya kesemua catatan dan bahagian berhubungan dengan catatan itu ditutup daripada kelihatan atau dipadamkan setakat mana yang perlu bagi melindungi pemberi maklumat itu daripada diketahui, tetapi tidak lebih daripada itu.

Membaharui Undang-Undang (Penghapusan

Samsu Gelap)

(3)

Jika dalam sesuatu perbicaraan bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini mahkamah, selepas menyiasat dengan penuhnya kes itu, berpendapat bahawa pemberi maklumat itu dengan sengaja membuat suatu pernyataan material dalam aduannya yang dia ketahui atau percayai sebagai palsu atau tidak percaya sebagai benar, atau jika dalam apa-apa pembicaraan lain mahkamah berpendapat bahawa keadilan tidak dapat dilakukan dengan sepenuhnya antara pihak-pihak dalam pembicaraan itu tanpa pemberi maklumat itu diketahui, mahkamah boleh menghendaki aduan asal, jika bertulis, dikemukakan dan membenarkan penyiasatan dan menghendaki pemberi maklumat itu dizahirkan dengan sepenuhnya.

Mahkamah Sesyen mempunyai bidang kuasa penuh