Malaysia legislation

Section 118

of *AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 1976

Seksyen 118

(2)

Atas saman, usul atau petisyen itu, jika Mahkamah atau Hakim itu berpendapat bahawa perjanjian itu dari segala segi patut dan munasabah antara pihak-pihak kepada perjanjian itu, perjanjian itu boleh dikuatkuasakan oleh Mahkamah atau Hakim itu dengan hukum atau perintah, mengikut cara dan tertakluk kepada syarat, jika ada, tentang kos saman, usul atau petisyen yang difikirkan patut dan munasabah oleh Mahkamah atau Hakim itu.

(3)

Jika terma substantif mana-mana perjanjian itu disifatkan oleh

Mahkamah atau Hakim tidak patut atau tidak munasabah, perjanjian itu boleh diisytiharkan tidak sah, dan Mahkamah atau Hakim boleh dengan itu memerintahkan supaya perjanjian itu diserahkan untuk dibatalkan, dan boleh mengarahkan supaya kos, fi, caj dan perbelanjaan yang dilakukan atau yang boleh dikenakan berkenaan dengan perkara yang termasuk di dalamnya ditetapkan, mengikut cara yang sama dan mengikut kaedah yang sama seolah-olah perjanjian itu telah tidak dibuat:

Dengan syarat bahawa Mahkamah atau Hakim boleh meminda atau mengesahkan perjanjian itu jika tidak semua isi perjanjian itu tidak patut atau tidak munasabah.

(4)

Mahkamah atau Hakim boleh juga membuat apa-apa perintah tentang kos yang berhubungan dengan saman, usul atau petisyen dan

158 Undang-Undang Malaysia AKTA 166

prosiding mengenainya yang difikirkan patut dan munasabah oleh

Mahkamah atau Hakim itu.

(5)

Apabila amaun yang dipersetujui di bawah perjanjian itu telah dibayar oleh atau bagi pihak klien atau oleh mana-mana orang yang boleh dikenakan membayar atau berhak membayarnya, mana-mana

Mahkamah atau Hakim yang mempunyai bidang kuasa untuk memeriksa atau menguatkuasakan perjanjian itu boleh, apabila permohonan dibuat oleh orang yang telah membayar amaun itu dalam masa dua belas bulan selepas pembayarannya dan, jika Mahkamah atau Hakim itu berpendapat bahawa hal keadaan istimewa itu memerlukan perjanjian itu dibuka semula, membukanya semula dan memerintahkan supaya kos, fi, caj dan perbelanjaan ditetapkan, dan kesemua atau apa-apa bahagian daripada amaun yang diterima oleh peguam bela dan peguam cara itu dibayar balik olehnya, atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkan patut dan munasabah oleh Mahkamah atau Hakim itu.

(6)

Jika apa-apa perjanjian dibuat oleh klien atas sifat penjaga atau pemegang amanah di bawah suatu surat ikatan atau wasiat, atau atas sifat jawatankuasa bagi mana-mana orang atau orang yang hartanya akan boleh dikenakan amaun yang kena dibayar di bawah perjanjian itu atau boleh dikenakan apa-apa bahagian amaun itu, perjanjian itu hendaklah sebelum dibuat apa-apa pembayaran dibentangkan di hadapan Pendaftar untuk pemeriksaannya dan Pendaftar boleh menolak mana-mana bahagiannya, atau boleh meminta melalui saman, usul atau petisyen supaya Mahkamah atau Hakim membuat arahan mengenai perjanjian itu.

(7)

Jika dalam mana-mana kes itu—

(a)

klien itu membayar kesemua atau mana-mana bahagian amaun yang kena dibayar di bawah perjanjian itu tanpa kebenaran Pendaftar atau Mahkamah atau Hakim, dia bertanggungan untuk memperhitungkan pada bila-bila masa kepada orang yang hartanya dikenakan amaun yang telah dibayar itu, atau mana-mana bahagiannya, amaun yang dikenakan sedemikian itu; dan

Profesion Undang-Undang 159

(b)

peguam bela dan peguam cara itu menerima bayaran tanpa kebenaran itu, mana-mana mahkamah yang mungkin telah ada bidang kuasa untuk menguatkuasakan perjanjian itu, boleh, jika difikirkannya patut dan munasabah, memerintahkannya membayar balik amaun yang diterimanya sedemikian di bawah perjanjian itu, atau mana-mana bahagiannya.

Mana-mana pihak boleh membatalkan perjanjian peguam bela dan peguam cara yang telah mati yang belum disempurnakan