Malaysia legislation
Section 123
Seksyen 123
Peguam bela dan peguam cara berhak mengenakan caj ke atas harta untuk mendapatkan kos
Mana-mana Mahkamah yang dalamnya seorang peguam bela dan peguam cara telah diguna khidmat untuk mendakwa atau membela apa-apa guaman, perkara atau prosiding boleh pada bila-bila masa mengisytiharkan peguam bela dan peguam cara itu berhak mengenakan caj ke atas harta yang didapatkan atau dikekalkan dalam guaman, perkara atau prosiding itu untuk mendapatkan kos peguam bela dan peguam cara itu yang ditetapkan berkenaan dengan guaman, perkara atau prosiding itu, dan boleh membuat apa-apa perintah yang difikirkannya patut dan munasabah bagi penetapan kos itu dan bagi mendapatkan wang untuk membayar kos itu daripada harta itu, dan semua pindah hak dan perbuatan yang dilakukan untuk mengecewakan, atau yang bertujuan untuk mengecewakan, tanggungan itu tidak sah terhadap peguam bela dan peguam cara itu, kecuali berkenaan dengan suatu pindah hak yang dibuat kepada seseorang pembeli bona fide yang membeli kerana nilai tanpa notis:
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa perintah boleh dibuat jika hak untuk mendapatkan kos itu terhalang oleh Akta Had Masa 1953
[Akta 254].
Tiada peguam bela dan peguam cara boleh membawa guaman untuk mendapatkan kos sehingga telah diserahkan bil kos