Malaysia legislation

Section 28B

of *AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 1976

Seksyen 28B

(2)

Seseorang Hakim yang mendengar sesuatu permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah, apabila berpuas hati mengenai keaslian Sijil Penerimaan Masuk Khas itu dan mengenai identiti pemohon itu, menerima pemohon masuk sebagai seorang peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi selama tempoh yang dinyatakan dalam Sijil itu; dan seseorang yang diterima masuk sedemikian sebagai seorang peguam bela dan peguam cara hendaklah didaftaraikan dan diberikan suatu surat cara diterima masuk di bawah seksyen 28.

(3)

Penerimaan masuk dan pendaftaraian seseorang sebagai seorang peguam bela dan peguam cara di bawah subseksyen (2) tidak boleh dikaji semula atau dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.

(4)

Seseorang peguam bela dan peguam cara yang diterima masuk di bawah subseksyen (2) berhak untuk memperbaharui penerimaan masuknya dari semasa ke semasa apabila dikemukakan kepada

Pendaftar dalam tempoh dua bulan sebelum tamat tempoh penerimaan masuk atau penerimaan masuk yang dibaharui, mengikut mana-mana yang berkenaan, suatu Sijil Pembaharuan yang dikeluarkan oleh

Peguam Negara menurut budi bicaranya:

Dengan syarat bahawa, dengan izin Peguam Negara secara bertulis,

Sijil Pembaharuan itu boleh dikemukakan kepada Pendaftar pada bila-bila masa selepas tamat tempoh penerimaan masuk atau penerimaan masuk yang dibaharui, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(5)

Sesuatu Sijil Pembaharuan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (4) hendaklah untuk pembaharuan penerimaan masuk atau penerimaan masuk yang dibaharui, mengikut mana-mana yang

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 166

berkenaan, selama apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam Sijil itu, dan pembaharuan di bawah subseksyen (4) hendaklah sewajarnya selama tempoh yang dinyatakan sedemikian.

(6)

Kesahan sesuatu Sijil Pembaharuan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (4) tidak boleh dikaji semula atau dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.

(7)

Seksyen 10 hingga 19, termasuklah kedua-duanya, tidak boleh terpakai bagi penerimaan masuk seseorang sebagai seorang peguam bela dan peguam cara di bawah Bahagian ini, atau bagi pembaharuan penerimaan masuk atau penerimaan masuk yang dibaharui, mengikut mana-mana yang berkenaan, peguam bela dan peguam cara itu.

Peruntukan mengenai Sijil Tahunan tidak terpakai bagi peguam bela dan peguam cara yang diterima masuk di bawah Bahagian ini

Section 28B — AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 1976 | mylaw.my